Seorang penumpang lelaki dimarahi dan ditengking pemandu e-hailing hanya kerana menyentuh penyaman udara tanpa kebenaran dalam kejadian di Singapura, baru-baru ini.
“Awak sentuh 'aircond' saya tanpa kebenaran, awak patut tanya saya, 'boleh saya turunkan?'” jerit pemandu itu. Tersentak dengan situasi tersebut, penumpang yang hanya dikenali sebagai OP menjawab, dia menanti selama 15 minit selepas meminta kebenaran, namun akibat tiada jawapan diberikan, dia kemudiannya melaraskan sendiri penyaman udara tersebut. Susulan tindakannya itu, pemandu berkenaan memberhentikan kenderaannya dan menghalau lelaki tersebut untuk keluar. Enggan patuh kepada arahan tersebut, OP berkeras dan terus meminta agar perjalanan diteruskan sehingga tiba di lokasi dituju.
Namun, selepas beberapa kali diberikan tekanan dan ugutan polis, penumpang tersebut kemudiannya mengalah dan terpaksa akur dengan perintah lelaki terbabit. FB Majoriti OP meminta untuk dihantar ke balai polis kerana mahu melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. Dalam pada itu, jurucakap pihak syarikat e-hailing tersebut berkata, mereka sedang menyiasat kes itu dan telah menghubungi kedua-dua belah pihak bagi mengesahkan butiran kejadian. Namun, masih belum ada sebarang tindakan diambil oleh pengurusan syarikat berkenaan setakat ini. Sumber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT