CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Dua Rumah, Hidup Mewah Bukan Main- Daiyan Trisha Dituduh Dibela Sugar Daddy

11-1-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23412| Komen: 228

Daiyan Trisha menepis dakwaan netizen bahawa dia ditaja lelaki kaya atau lebih dikenali sebagai ‘sugar daddy’ disebabkan kehidupannya yang serba mewah.

Menurut pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, tuduhan berat tersebut membuatkan dia rasa terkilan setelah kerja keras sehingga mampu mempunyai dua buah rumah ketika usia muda dipertikai.

Foto: IG

“Ada juga sesetengah orang tidak nampak kesusahan sehingga melabel saya ada ‘sugar daddy’.

“Saya agak terkilan kerana sudah penat bekerja tetapi ada pula pihak yang membuat tuduhan berat.

“Perkara tersebut secara tidak langsung melukakan hati saya kerana bagi mereka perempuan berjaya semestinya ada sesuatu benda lain dan bukan dari usaha sendiri,” katanya.




Sementara itu, Daiyan, 28, sebaliknya mempersoalkan kejayaan seorang lelaki yang tidak pernah dikaitkan dengan tajaan wanita kaya atau ‘sugar mummy’.

“Kenapa lelaki berjaya tidak pernah dilabel ada ‘sugar mummy’? Bagi saya, tuduhan sebegini tidak adil bagi kaum perempuan,” tuturnya.



Luah penyanyi itu lagi, hasil kerja kerasnya selama ini selain doa ibu bapa tercinta tidak akan dipamerkan memandangkan dia menyukai kerjayanya.

“Saya memang tidak tunjuk kesusahan tersebut kerana saya ikhlas bekerja. Doa ibu bapa juga yang mendatangkan hasil sehingga mampu mencapai beberapa impian.

“Peminat pula tidak pernah mempersoalkan perkara sebegitu kerana mengetahui kepayahan saya,” ujar pelantun lagu Penat itu.



Biarpun begitu, Daiyan tidak menghiraukan tuduhan netizen kerana lebih fokus menggembirakan keluarga selain mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berusaha mencapai impian.

“Saya okey sahaja kerana apa yang penting adalah untuk meneruskan kerja dan buat ibu bapa saya gembira.

“Alhamdulillah orang menjadikan saya sebagai inspirasi dan saya doakan kalian juga dapat mencapai apa yang saya ada,” katanya .


Terdahulu, Daiyan berjaya memiliki sebuah kediaman mewah landed (bertanah) ketika berusia 27 tahun pada tahun lalu.

Sebelum ini, dia terlebih dahulu membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota pada 2019 hasil mengumpul wang selama dua tahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-1-2023 11:41 PM
Dia byk jadi duta sana sini, 1 brand je dh baper ratus ribu kontrak… pastu brg2 mewah tu samada dia promote aje or Memang dia dapat terus..

Tapi.. byk jer kes artis2 yg jadik escort.. hopefully she’s not one of them laaaaaa
Quote uori 11-1-2023 11:45 PM
kerja apa yang keras sangat tu
Quote lyshafull 11-1-2023 11:51 PM
Kalo xde bgus la
Quote mojarean_X 12-1-2023 12:05 AM
Baguslah simpan duit beli aset. Bijak artis2 muda sekarang
Quote DeLuna85 12-1-2023 12:29 AM
Dia ni aku percaya kuat kerja
Quote rayna_raynes 12-1-2023 01:31 AM
dia ni laku jadi BA. sama cam hael jugak.
tp hael lagi kaya la. dengar2 kontrak dia dengan satu brand tu jutaan
Quote SayaSayangMama 12-1-2023 02:06 AM
dia ni macamana boleh masuk golongan up up kayangan ye? anak org kaya ke sbb boleh speaking ?
Quote SayaSayangMama 12-1-2023 02:07 AM
rayna_raynes replied at 12-1-2023 01:31 AM
dia ni laku jadi BA. sama cam hael jugak.
tp hael lagi kaya la. dengar2 kontrak dia dengan satu bran ...

dia jd duta brand apa ye?
Quote samshik 12-1-2023 06:09 AM
Suke jugak tgk ig die sbb lawo n ada effort lah bile die pomote brand.. Tp kot kata die berbakat blakon, i olls xpnh tgk satu pun produk she olls... Xcukup strong jd lead kot
Quote jambatannetizen 12-1-2023 06:12 AM
SayaSayangMama replied at 12-1-2023 02:06 AM
dia ni macamana boleh masuk golongan up up kayangan ye? anak org kaya ke sbb boleh speaking ?

Once kau “artis”, “famous”, “ada rupa” auto ramai orang berkawan leeeeee.

Lagi satu, pembawakan kena penting. Pandai bergaul, pandai fashion up. Kalau kau BUSUK, skema, mulut makcik kiah, orang pun tak ingin berkawan! Aku pun tak ingin kawan hah!
Quote lattehazelnut 12-1-2023 07:30 AM
Ok post statement zakat n efiling kau dik..
Quote Kancilkering 12-1-2023 07:32 AM
lara bdk sekolah darjah dua pun ada file lhdn dek non…..
Quote melinda_kerr 12-1-2023 07:35 AM
Apa yg keras sgt kerja tu. Kerja kau bukan bepeluh dan kena fikir sgtpun.
Quote telracs 12-1-2023 07:38 AM
samshik replied at 11-1-2023 10:09 PM
Suke jugak tgk ig die sbb lawo n ada effort lah bile die pomote brand.. Tp kot kata die berbakat bla ...

Zaman remaja dia banyak gak berlakon...
Quote Makcikmunah 12-1-2023 07:49 AM
Bebaru ini netizen yg selongkar medsos sorang mamat yg kena cekup sprm psl kes tettttt tu agak senyum sinis nengok list dia punya following, dia tak folo sesapa kecuali sorang, artis yg nama tetttttt tu saja

Perihal kes juga nama artis biarlah rahsieww demi kemaslahatan ummah
Quote lil_honey 12-1-2023 08:00 AM
dia ni kuat kerja la. jadi BA sana sini..seronok tgk dia travel sana sini. before pkp siap pegi coachella lagi

harapnya sheols tak buat la menda bukan2 ni..ambik dadah, main judi, sugar daddy bagai nih. dia tak mcm si mejelyana tu, tatau keja ape, tapi beli barang kemain mahal lagi.
Quote PinkyPie 12-1-2023 08:05 AM
SayaSayangMama replied at 12-1-2023 02:06 AM
dia ni macamana boleh masuk golongan up up kayangan ye? anak org kaya ke sbb boleh speaking ?

Mak dia cikgu kat Bangi nun, bukannya budak Subang ke TTDI ke pun.
Quote Mekgadis16 12-1-2023 08:56 AM
samshik replied at 12-1-2023 06:09 AM
Suke jugak tgk ig die sbb lawo n ada effort lah bile die pomote brand.. Tp kot kata die berbakat bla ...

Sama la. Aku nampak dia menyerlah kat socmed promote2 barang. Maybe hasil banyak dari situ sampai boleh beli 2 rumah tu kott. Sebab kalau lakonan nyanyiana memang errrrr
Quote Taktahunamaapa 12-1-2023 09:08 AM
Die ni xdan nk bersugar daddy pn.sempat ngulit kucing2 die je.klu follow ig die blh tgk jenis kuat kereje.salu die update kt story die.cuma makin seksyi plk.makin seksyi makin byk plk brand cari die.

Lihat semua komen(228)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.101913 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top