CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pakistan Berdepan Hukuman Penjara 30 Tahun, Bunuh Abang Sorok Tiket Penerbangan

11-1-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 852| Komen: 3

Seorang lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Seksyen Sungai Petani menyebabkan kematian abangnya dalam kejadian di Taman Desa Meranti di sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Ali Ashtar, 24, didakwa melakukan perbuatan itu pada jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di sebuah rumah di taman perumahan terbabit 31 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, dia telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Mukhtiar Ali, 39, yang juga merupakan seorang warga Pakistan dengan niat hendak menyebabkan kematian.


Tertuduh (dua dari kiri) didakwa menyebabkan kematian abangnya 31 Disember lalu.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan boleh dihukum di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).


Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Galvin Loo Wei Ming manakala tertuduh diwakili Peguam SP Raman.

Hakim Azman Abu Hassan menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari 2023 bagi mendapatkan jurubahasa Urdu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang abang maut ditikam selepas dikatakan tidak bersetuju dengan keputusan adiknya yang mahu pulang ke negara asalnya di Pakistan.

Mangsa dipercayai bertindak menyembunyikan tiket penerbangan dengan tujuan menghalang adiknya pulang menyebabkan tercetus pergaduhan.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dipercayai ditikam di paha selain kesan lebam pada badan.

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.37 malam.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 11-1-2023 03:56 PM
Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dipercayai ditikam di paha selain kesan lebam pada badan.


kena arteri karotid ape
mesti darah bnyk gila keluar

Quote nakkomenjugak 11-1-2023 10:32 PM
takde pasal carik pasal
adik nak balik tempat asal abang lak halang
Quote Decaffeinated 11-1-2023 11:17 PM
perbuatan yang menyebabkan kematian Mukhtiar Ali, 39, yang juga merupakan seorang warga Pakistan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

mungkin dia takde niat membunuh. Ramai orang tak tau tikam peha ni pun boleh mati.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034280 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top