CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aib Kehormatan, Polis Siasat Video Rakaman Kamera Tersorok Dalam Fitting Room

11-1-2023 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5007| Komen: 43

Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi, di sini pada pukul 4.38 petang, Isnin lalu selepas rakaman itu tular di media soaial.

Namun katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu tidak berlaku di pusat beli-belah berkenaan.


Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus keselamatan sebuah pusat-beli belah selepas rakaman itu tular. - Foto IPD Dang Wangi

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
 
Menurut Noor Dellhan, video berdurasi 11 saat itu turut dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Nishae, kira-kira pukul 9 pagi Rabu.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa.



Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-414 9917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 11-1-2023 03:49 PM
everytime pegi fitting room mesti cek2 tgk mn lh tau kot ada kamera tersembunyi mcm ni
ternyata mmg ada



Quote sharlenetexas 11-1-2023 03:50 PM
That girl aje ke yg bersuara? Bf sheols?


Quote lo_la 11-1-2023 04:51 PM
Ada device kan boleh detect hidden camera? Read it somewhere many moons ago. Maybe should invest in 1.
Quote PinkyPie 11-1-2023 05:12 PM
Katanya fitting room uniqlo
Quote kepompong 11-1-2023 05:16 PM
Open secret… rumours kata bilik hotel pun ada. Hidden camera ni sgt senang nak beli & murah. nasib2 la siapa kena. i dah tua malas nak fikir .  Dulu muda seram jugak
Quote misc 11-1-2023 05:20 PM
Seram mcm ni. Make sure pakai face mask kalau masuk mana2 fitting room next time.
Quote Prickford 11-1-2023 05:27 PM
sharlenetexas replied at 11-1-2023 07:50 AM
That girl aje ke yg bersuara? Bf sheols?

Maybe ini yg sorang2 tengah test baju tu. Sebab ada 5 video. 4 video couple, 1 video sorang perempuan tengah test baju. Ada satu couple tu mmg tengah syok mengeseks, tah apa2 la.

Quote AbukRokok 11-1-2023 05:30 PM
link please
Quote Mini.Me 11-1-2023 05:32 PM
Prickford replied at 11-1-2023 05:27 PM
Maybe ini yg sorang2 tengah test baju tu. Sebab ada 5 video. 4 video couple, 1 video sorang peremp ...

Serius laa? I tot 1vid je yg couple...yg lain² girls sorang² test baju
Quote Mini.Me 11-1-2023 05:33 PM
PinkyPie replied at 11-1-2023 05:12 PM
Katanya fitting room uniqlo

Bukan h&m avenue k ke iols baca kat twitter
Quote habisnamadahni 11-1-2023 05:37 PM
supernaturalee: everytime pegi fitting room me ...
masuk toilet pun iols check..risauu
Quote sharlenetexas 11-1-2023 06:00 PM
Prickford replied at 11-1-2023 05:27 PM
Maybe ini yg sorang2 tengah test baju tu. Sebab ada 5 video. 4 video couple, 1 video sorang peremp ...

Ada gambar girl pakai tudung nampak muka masa peluk bf. Bf sheols nmpk rambut je.
Oooo.... Ada orang2 yg berlainan.

Quote PinkyPie 11-1-2023 06:09 PM
Edited by PinkyPie at 11-1-2023 06:11 PM

IMG_20230111_180818.jpg

Mini.Me replied at 11-1-2023 05:33 PM
Bukan h&m avenue k ke iols baca kat twitter[/quote]

Yg ni tulis uniqlo, matilanakk lebih dari satu stores ke yg memasang?
Quote _blackbird 11-1-2023 06:18 PM
supernaturalee replied at 11-1-2023 07:49 AM
everytime pegi fitting room mesti cek2 tgk mn lh tau kot ada kamera tersembunyi mcm ni
ternyata mmg  ...

kalau iols pula masuk fitting room or toilet stall tu mmg malas nak mendongak muka ko melilau mata cari camera. mostly iols tunduk kan muka je masuk. camera tu mmg position kat syiling. selagi iols tak mendongak takda la nampak muka iols sepenuhnya. nampak sipi2 je huhuhu. kalau kepala melilau pandang atas mencari kan ter record tu muka penuh.
Quote otai_g 11-1-2023 07:19 PM
Mn link videonya? No video no bukti
Quote Kitty_catz 11-1-2023 07:54 PM
PinkyPie replied at 11-1-2023 05:12 PM
Katanya fitting room uniqlo

h&m avenue K

dah tersebar meluas serata alam
Quote Kitty_catz 11-1-2023 07:56 PM
PinkyPie replied at 11-1-2023 06:09 PM
Mini.Me replied at 11-1-2023 05:33 PM
Bukan h&m avenue k ke iols baca kat twitter


[/quote]

uhh uniqlo pun adooo

hmmm helok la jugak leak tu.. so mana2 kapel tu beringat la

apo buat projek dlm fitting room.. lemahhhh
Quote lifeline 11-1-2023 07:56 PM
Kitty_catz replied at 11-1-2023 07:54 PM
h&m avenue K

dah tersebar meluas serata alam

Mana nak tgk eh video tu hahahhaahahha
Quote Kitty_catz 11-1-2023 07:58 PM
lifeline replied at 11-1-2023 07:56 PM
Mana nak tgk eh video tu hahahhaahahha

huhuh tataw... awat gatai  nak tengok ? nanti naik ketumbit mata ang baru tawww

dah jd kes pulis, takut vid dah takde

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.063254 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top