Oleh Izzah Abbasy
Keadaan jerebu hari ini semakin membimbangkan berpunca daripada asap pembakaran di beberapa tempat di negara jiran.
Indonesia hari ini mengisytiharkan Riau sebagai kawasan darurat setelah keadaan jerebu di wilayah tersebut dilapor berada pada tahap sangat berbahaya. Dengan catatan ndeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 900.
Berikutan itu, pelbagai aktiviti ekonomi tergendala dan Lapangan Terbang Internasional Sultan Syarif Kasim II tidak dapat berfungsi seperti biasa.
Pihak berkuasa Indonesia juga sedang memantau proses memadam kebakaran hutan dan ladang di Jambi dan Sumatera Selatan. Asap tebal akibat kebakaran hutan di kedua-dua wilayah itu dilapor telah membawa jerebu yang teruk ke Malaysia dan Singapura.
Usaha pemadaman terus dilakukan dengan menggunakan pesawat pengeboman air dan pembentukan awan hujan.
Presiden Indonesia, Jokowi yang kini dalam rangka lawatan ke Timur Tengah dilapor telah memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang kebakaran hutan dengan mereka yang masih meneruskan aktiviti kebakaran hutan dan ladang perlu dikenakan tindakan undang-undang. - CARI Infonet
Sumber info : Bernama
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|