CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Sanggup Tak Ambil SPM Ulangan, Jadi Pelayan Kedai Nak Bagi Makan Adik-Adik "Harap Mereka Masuk U"

11-1-2023 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2234| Komen: 23

KOTA BHARU – Seorang pemuda terpaksa melupakan hasrat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan kira-kira tiga tahun lalu kerana mahu bekerja bagi me­nyara dua adiknya yang masih bersekolah.


Zaid Amran, 21, tiada pilihan lain kerana dia kini ketua keluarga selepas ibunya, Esah Abdul Ghani meninggal dunia lapan tahun lalu pada usia 30 tahun, manakala bapa, Amran Ripin, 52, juga telah ‘pergi’ akibat sakit jantung pada November tahun lalu.

Menurutnya, sejak ibu ba­panya tiada, dia menyara dua adik iaitu Nurhayati Husna, 18, dan Muhamad Zaidi, 16, dengan bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan.


Foto: Kosmo

Ujarnya, pendapatan RM70 sehari yang dibayar setiap ming­gu oleh majikannya itu adalah satu-satunya sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan mereka tiga beradik.


“Ibu saudara pernah me­minta untuk menjaga Nurhayati dan Zaidi, namun berat hati saya untuk melepaskan mereka. Biarlah kami susah asalkan tak berpisah.

“Saya sanggup tidak mengambil SPM u­langan bagi memperbaiki keputusan peperiksaan saya sebelum ini demi mereka,” katanya di rumahnya di Kampung Tembusu Limbat di sini.

Terdahulu, tiga beradik itu dikunjungi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar, Wan Azizi Wan Ab. Ghani yang turut me­nyumbangkan barangan keperluan harian dan bantuan kewa­ngan kepada mereka.

Menurut Zaid, dia mahu dua adiknya itu melanjutkan pelajaran ke menara gading kerana percaya bahawa hanya pelajaran yang mampu mengubah nasib keluarga.

“Saya sudah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung per­belanjaan kami tiga beradik. Setakat ini, saya baru dalam proses mengisi borang permohonan itu.

“Saya berharap adik-adik dapat meneruskan persekolahan seperti biasa kerana mahu mereka berjaya,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Zaid Amran, 0310129000120426 atau menghubungi di talian 011-2503 0177.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 11-1-2023 03:05 PM
Sedihnya. harap mereka semua berjaya dalam hidup dan jgn la lupa jasa abg tu
Quote kuewTiau 11-1-2023 03:26 PM
Semoga berjaya ketiga-tiga mereka.
Quote TabletSusu 11-1-2023 03:29 PM
besar pengorbanan abang tu. harap2 bila adik2 dah berjaya nnt, jgn pulak lupakan abang tu
Quote wadiunong 11-1-2023 03:30 PM
tolong la yg baru plan nak nikah ni pikir betul2 psl nak ada anak ni. kalo rasa tak mampu lg jangan nak nikah/ ada anak dulu. jgn jadikan anak sulong tu sebagai ketua keluarga pulak
Quote matamata 11-1-2023 03:42 PM
Typical pemikiran anak sulung sebenarnya... Baik lelaki atau perempuan.... Lebih kurang mcm tu... Ada perasaan melindung dan berkorban... Kalau tak byk... Sikit mesti ada punya
Quote pembacagosip 11-1-2023 03:43 PM
moga mereka semua berjaya
moga baik2 sahaja semuanya
jgn lupa jasa dan pengorbanan abe
Quote Tembikaigoreng 12-1-2023 05:24 AM
wadiunong: tolong la yg baru plan nak nik ...


Kan parents dia meninggal... Bukan sengaja biar anak dia
Quote lattehazelnut 12-1-2023 06:43 AM
Tembikaigoreng replied at 12-1-2023 05:24 AM
Kan parents dia meninggal... Bukan sengaja biar anak dia

Ayah baru meninggal nov tahun lalu..
Umur dia dah 21 da pun..
3 tahun lepas spm.. knp xamik ulangan sblm tu..
Kwsp mak bapak xde ke..
Quote aint 12-1-2023 06:44 AM
Semoga berjaya dunia & akhirat 3 beradik ni...

sejuk perut ibu mengandung..
Quote akmal 12-1-2023 06:46 AM
lattehazelnut replied at 12-1-2023 06:43 AM
Ayah baru meninggal nov tahun lalu..
Umur dia dah 21 da pun..
3 tahun lepas spm.. knp xamik ulanga ...

Dok sskjp sure keje sendiri.or keje kpg.xdenye diaorg nk carum EPF
Quote dekmieDandy 12-1-2023 11:31 AM
helok jugak abang sulongnya, ehh

harap dipermudahkan semua ya
Quote Supersirap 12-1-2023 11:38 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan adik ini dan diluaskan pintu rezeki
Quote ~boolean 12-1-2023 11:58 AM
Orang hidup senang mula dah persoalkan kenapa itu kenapa ini...

Kadang2 nak aja aku doakan poremer2 hidup senang ni moga2 jatuh bankrap, nikmat ditarik, anak mati, pasangan mati...nanti mungkin pormer2 ni dapatlah jawapan kenapa orang susah kadang2 buat pilihan yang tak terfikir oleh orang2 hidup senang ni..
Quote mejaputih 12-1-2023 12:42 PM
~boolean replied at 12-1-2023 11:58 AM
Orang hidup senang mula dah persoalkan kenapa itu kenapa ini...

Kadang2 nak aja aku doakan poremer2 ...

itu la kan...rasanya ada la sebab tak dpt amik SPM ulangan maybe jaga parents sakit ke masa tu...
Quote rosedemon 13-1-2023 10:23 AM
pastu nnt adik2 lupa daratan sibai pangai
Quote cmf_premierleag 13-1-2023 10:27 AM
Sedihnyaa ..perjalanan hidup kita semua tak sama
Sbb tu kalo akak jmpe ada yg x dapat further study, akak paham je
Semoga dipermudahkan urusan
Quote DARSITA 13-1-2023 10:31 AM

Kerajaan Kelantan patut bagi dua beradik ini biasiswa.

Lepas itu pihak zakat pun kena bagi mereka bantuan.

Orang orang kaya Kelantan pun patut bagi sumbangan.

Quote namr 13-1-2023 10:36 AM
anak sulung selalu kena berkorban..kecuali abg sulung aku, haprak namampus phuii
Quote Thunderclouds 13-1-2023 10:52 AM
Wrong move dekk..pada aku laaa. Udah makcik offer nk gembala,sementara tu fokus la amik spm. Buat leklok. Insyaallah ada rezki ko boleh balas jasa makcik tu. Win². To me mcm alasan ja tanak pisah adik bradik sbb.....mmmmmm hgpa pikirkn la sendri.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.181989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top