Susulan video tular sepasang kekasih berkelakuan tidak senonoh di dalam komuter baru-baru ini, PT KAI Commuter Indonesia (KCI) meminta kesemua penumpangnya untuk membuat laporan sekiranya kejadian serupa berulang.
Terdahulu, video tersebut memaparkan seorang lelaki berbaju merah berkelakuan tidak senonoh dengan pasangannya walaupun terdapat penumpang lain yang duduk tidak jauh daripada mereka. Tangan lelaki itu juga dilihat meraba-raba dada perempuan yang menutup badannya menggunakan hoodie. Kejadian tidak sopan itu dirakam seorang lagi penumpang yang berada di tempat duduk bertentangan dan dimuat naik di akaun Twitter sehingga menjadi tular di media sosial lain.
Sehubungan itu, warga maya menggesa PT KCI selaku syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam berkenaan mengambil tindakan ke atas pasangan kekasih tersebut. Malah, ada juga pengguna mencadangkan pihak komuter untuk menyediakan satu butang amaran di setiap gerabak untuk memudahkan penumpang yang lain melaporkan kejadian serupa pada petugas komuter. Mengambil maklum balas terhadap aduan tersebut, pihak PT KCI turut menyeru orang awam untuk melaporkan penumpang yang berkelakuan tidak sopan di dalam gerabak pada Selasa. FB Majoriti "Penumpang juga boleh melaporkan kes serupa menerusi mesej ke akaun Twitter @commuterline yang merupakan akaun rasmi KCI. "Sekiranya anda melihat perbuatan maksiat, kami mohon bantuan anda untuk melaporkannya kepada pegawai yang bertugas atau anda boleh laporkan kepada kami melalui DM. Terima kasih," ciapnya pada Selasa. Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar kejadian tersebut berlaku. Sumber: Majoriti
|
shernazz replied at 11-1-2023 02:15 PM
Tu baru sejuk komuter
Kalau dok kat banjaran alps entah apa tindakannya
stingergrumpy replied at 11-1-2023 02:21 PM
Besa menggentel kt banjaran alps keww?
Dgn yg halal atau belum halal time iteww(baru tunangan,fas ...
Suchi replied at 11-1-2023 02:12 PM
Ermm dejavu nya.
Lebih kurang hampir 20 tahun lalu iols dlm komuter dr stesen TBS nak menuju ke stes ...
shernazz replied at 11-1-2023 03:22 PM
Musti la halal
Tp tak boleh la sebab pakai sarung tangan kan..
Orang malaysia yang tak tahan sejuk ...
cmf_premierleag replied at 11-1-2023 04:49 PM
Tu Mesti tu stok2 student ukm fakulti pengajian islam bhgn dakwah mcm penulis novel lucah hari tu; ...
hayrin86 replied at 11-1-2023 04:46 PM
Pakai tudung pun diraba-raba.. Baik raba aje yang tanpa tudung + chubby aje..
ADVERTISEMENT