CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gudang Milik Elrah Exclusive Terbakar, Pemilik Tawar Ganjaran RM100 Ribu Cari Pelaku

11-1-2023 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4391| Komen: 45

Sebuah gudang milik Elrah Exclusive di Jalan Kepong, Batu 6 1/2, di sini dilaporkan terbakar pada awal pagi tadi.

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nuzi Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan kejadian kebakaran itu pada pukul 4.41 pagi tadi.


Foto: Kosmo

Katanya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang bergegas ke lokasi kejadian

“Pihak kami mendapati kebakaran melibatkan kotak yang berada di dalam gudang berkenaan, berkeluasan 4.8 x 4.8 meter persegi.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Menurutnya, mangsa telah diberikan rawatan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Selayang dan punca kejadian masih dalam siasatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 11-1-2023 01:10 PM
Hurm. Jakel terbakar, ni Elrah lak? Hurmmmmmmm….

Tapi tu la owner Elrah ni boleh tahan berlagak gak. Nampak posting dia cari staff untuk raya. Basic 1.2k…. Plus OT boleh dapat max 1.5k. Masalahnya sales assistant tu requirement dah macam graphic designer/ marketing exec dah. Kena tahu editing lah, kena handle social media etc.

Kalau betul ada yang pedajal, mohon muhasabah lah. Kena redha n move on k
Quote krustykrab 11-1-2023 01:17 PM
Sasss tu sapa?
Quote Kitty_catz 11-1-2023 01:26 PM
prizadane replied at 11-1-2023 01:10 PM
Hurm. Jakel terbakar, ni Elrah lak? Hurmmmmmmm….

Tapi tu la owner Elrah ni boleh tahan berlagak g ...

basic rm1.2k ni tahun bila daa? skang basic dah naik rm1.5k min, tu pun  meols sendiri tak sanggup nak offer banyak tu,, apa boleh beli rm1,500 jaman now? belom take home lagi tu, tolak epf socos eis smer


tu la hagak cash la sbb tekan staff bagi gaji tak setimpal..kut ada staff simpan dendam

Quote prizadane 11-1-2023 01:34 PM
Kitty_catz replied at 11-1-2023 01:26 PM
basic rm1.2k ni tahun bila daa? skang basic dah naik rm1.5k min, tu pun  meols sendiri tak sanggup  ...

Okay silap. Bukan 1.2k tapi starting 1.35k. Tapi masih rendah la. Kalau ada OT, max can go up to 1.6k
Quote beatgirlX 11-1-2023 01:45 PM
prizadane replied at 11-1-2023 01:34 PM
Okay silap. Bukan 1.2k tapi starting 1.35k. Tapi masih rendah la. Kalau ada OT, max can go up to 1 ...

Bukan ke gj min 1.5?
Quote pinkpunk 11-1-2023 01:47 PM
kifarah ke tinggalkan bini yg sama2 bersusah payah buat bisnes?
Quote hareeeesah 11-1-2023 02:17 PM
Sapa yg record dari atas tu? Mcm pelik je tau plak ada org nk dtg bakar time tu?
Ada cctv & police report kan, tunggu je la polis cari pandai la dorg buat keje
Quote margo20 11-1-2023 02:24 PM
Rah tersenyum sinis
Quote amyza 11-1-2023 02:25 PM
Elrah ni yg laki tipu bini tu ke? Kalau betul, kifarah lah buat jahat dgn bini.
Quote Dzahin_poch 11-1-2023 02:26 PM
Ni plan terakhir Sb sales merundum
Ke sb ada kes dengki?
Quote pekanwoohoo 11-1-2023 02:42 PM
prizadane replied at 11-1-2023 01:34 PM
Okay silap. Bukan 1.2k tapi starting 1.35k. Tapi masih rendah la. Kalau ada OT, max can go up to 1 ...

Lepas OT dapat RM1600 je? Bangla kilang aku pun boleh bawak balik rm4k sebulan. RM1600 tu boleh buat apa je sekarang ni.
Quote sukacactus 11-1-2023 02:53 PM
Ermmm malas nak kesian mengenangkan el yg poyo itu
Quote akies 11-1-2023 02:58 PM
Musim ke ni kedai kain/baju terbakar ?
Hurmm
Quote she 11-1-2023 03:05 PM
Mungkin doa seseorang yang terniaya dimakbulkan tuhan

Dari asal kerja fotog yang dihire ex bini
Dia grab peluang jadi parasit
Bila dah kawen
Dah kaya mampu beli Lambo 2 biji
Parasit pun tinggalkan perumah

Kalau orang cakap tu rezki dia
Betul memang rezki dia
Tapi kalau dia berjaya dari zaman single dulu tanpa nama ex bini
Orang akan respect

Kurang2 Wak Doyok misai keli tu idok ler ngendeng nama perempuan
Geli plak sebut WD
Hahaha
Quote she 11-1-2023 03:07 PM
hareeeesah replied at 11-1-2023 02:17 PM
Sapa yg record dari atas tu? Mcm pelik je tau plak ada org nk dtg bakar time tu?
Ada cctv & police  ...

Yes yes
Macik pun hairan juga
Quote amyfaha 11-1-2023 03:28 PM
Sendiri plan nak upkan brand sendiri. Sebelum ni pun staf dia ade buat2 kereta kena conteng. Pui pui. Marketing bodoh hanya untuk org bodoh. Dorang ni kaki sembang. Dlm sosial media tayang keta mewah, aritu terjumpa kat mamak. Ek eleh. Bawa honda civic jekkk. Tu pun keta 15tahun lepas. Kihkih. So kira yg kaya raya hanyaaalah el azman seorang yerrrr
Quote wikedsaikel 11-1-2023 03:54 PM
pinkpunk replied at 11-1-2023 01:47 PM
kifarah ke tinggalkan bini yg sama2 bersusah payah buat bisnes?

Wow! I tatau citer ni. Ada thread tak?
Quote sharlenetexas 11-1-2023 03:55 PM
akies replied at 11-1-2023 02:58 PM
Musim ke ni kedai kain/baju terbakar ?
Hurmm

Bakalan takde koleksi raya?


Quote supernaturalee 11-1-2023 04:00 PM

baju raya celorang celoreng



Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.202967 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top