Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Golden Globe yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat pada Rabu.
Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal menerusi filem lakonannya Everything Everywhere All At Once. Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris; Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand). Dalam pada itu, Michelle juga merupakan pelakon Asia kedua yang memenangi kategori berkenaan selepas Awkwafina, pelakon Amerika Syarikat yang berdarah campuran Cina memenanginya tiga tahun lalu menerusi filem The Farewell.
Selain Awkwafina, ia turut mencalonkan pelakon-pelakon Asia lain termasuk Machiko Kyo (The Teahouse of the August Moon - 1956), Miyoshi Umeki (Flower Drum Song - 1961), Yvonne Elliman (Jesus Christ Superstar - 1973), Hailee Steinfeld (The Edge of Seventeen - 2016) yang berketurunan Filipina dan Constance Wu (Crazy Rich Asians) pada 2018.
|
Hoshhi replied at 11-1-2023 12:32 PM
Alhamdulillah tahniah. Ini baru la orang kata di persada dunia, bukan setakat muncul dekat fashion s ...
Suchi replied at 11-1-2023 12:47 PM
Tahniah tp kecewa sbb Emma D’Arcy tak menang best actress utk drama
Heheh sbb iols minat House of D ...
Suchi replied at 11-1-2023 12:47 PM
Tahniah tp kecewa sbb Emma D’Arcy tak menang best actress utk drama
Heheh sbb iols minat House of D ...
Orgkgdukobesi replied at 11-1-2023 01:54 PM
Filem ni dalam category comedy atau musical .
refleCtion replied at 11-1-2023 01:08 PM
Katanya michel yeoh strong contender jugak untuk top 5 best actress...tp rasanya cate blanchett mena ...
ADVERTISEMENT