CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuh Bekas Polisterin, Sisa Makanan Dan Lampin Pakai Buang- Pantai Di Kedah Cantik Tapi Kotor Dan Busuk

11-1-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1105| Komen: 11

SUNGAI PETANI – Keindahan Pantai Pulau Sayak di Kota Kuala Muda dekat sini yang sebelum ini menjadi lokasi riadah pengunjung kini bertukar wajah gara-gara tindakan segelintir individu yang membuang sampah sesuka hati di sepanjang pesisir pantai berke­naan.


Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat banyak longgokan bahan buangan seperti bekas makanan polisterin, sisa makanan dan lampin pakai buang yang ditinggalkan pengunjung.

Seorang penduduk, Suhaimi Saidin, 33, berkata, sampah sarap yang dibiarkan di tepi pantai itu bukan hanya menjejaskan peman­dangan, malah turut menyakitkan mata.


Foto: Kosmo

“Saya geram bila tengok sisa buangan ini termasuk lampin pa­kai buang yang ditinggalkan begitu sahaja, mereka ini tiada ke­se­daran langsung.


“Apa salahnya bawa balik semua sampah dan buang di tempat sepatutnya. Sayang kawasan yang cantik ini jadi kotor,” kata­nya di sini semalam.

Muham­mad Danial Mohd. Azhar, 27, pula berkata, longgokan sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung turut me­ngundang bau busuk.

“Saya datang ke sini untuk berkelah bersama isteri dan anak-anak, namun kecewa apabila melihat kawasan ini dicemari dengan sampah dan berbau busuk.

“Lokasi di sini sangat cantik dan tidak terlalu sesak walaupun tiada kemudahan seperti di Pantai Merdeka,” katanya.

Seorang lagi pengunjung dari Alor Setar dekat sini, Munirah Ahmad, 55, berkata, jika keadaan di sepanjang pantai dibiarkan be­gitu, lokasi tersebut mungkin menjadi lebih kotor selepas ini.

“Saya kecam perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan berharap semua pihak dapat bersama-sama menjaga kebersihan Pantai Pulau Sayak demi kepen­tingan bersama.

“Kalau setiap orang yang datang sini tinggalkan sampah, mungkin selepas ini tiada lagi lokasi untuk kita berkelah bersama keluarga,” tambahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 11-1-2023 12:22 PM
Saman jer babi2 pemalas neh
Quote cikatilia 11-1-2023 04:57 PM
pengotor tol  pampers penuh taik pon lambak sekali eeiii syaitonn
Quote ifanonline 11-1-2023 05:06 PM
pengotor betul rakyat malaysia ni...

majlis perbandaran pun sila sedia tong sampah banyak2...
Quote ifanonline 11-1-2023 05:07 PM
rakyat malaysia ni belum pernah di tadbir di bawah pemerintahan cina dan keling...hang pa tahu la nanti langit tinggi rendah kalau non-bumi memerintah...mau di pukul kepala melayu kalau depa tadbir negara
Quote misc 11-1-2023 05:09 PM
Takde kesedaran sivik langsung. Kalau masing2 buang sampah sendiri dlm tong sampah takdelah sampah sana sini.
Quote MissVixen 11-1-2023 05:11 PM
Kenapa banyak sangat pemalas takde otak di malaysia ni. Pampers anak pun buang merata2. Setan pun tak buang sampah merata la
Quote krustykrab 11-1-2023 09:52 PM
Ni mesti keje sskjp yg keje sana
Quote kotakbaju 11-1-2023 10:21 PM
Dulu penah adik aku hon aje kete depan dia. Selamba je pokcik tu buang plastik sampah kat tingkap kete. Apa la salahnya simpan jap sampah tu then nanti buang kat tong sampah
Quote CikYaYaYa 12-1-2023 01:06 AM
Spesiss pengotor anda bengapp xreti nak buang sampai sendiri
Quote ajinomotonosuga 12-1-2023 01:04 PM
Pi mai pi mai tang tuuuuuu
Quote rosedemon 13-1-2023 10:21 AM
boleh kwan ngn geng sskjp

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057675 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top