Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.
Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx. Perkara tersebut dibongkarkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali @meleisgw yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik di Kuala Lumpur. “Salah seorang mangsa dalam video dah mesej saya. Dia mengesahkan kejadian berlaku di butik terkemuka di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas.
“Dia ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut. “Tolong jangan jadikan isu apa orang buat dalam bilik persalinan itu, tetapi isu yang dibangkitkan sekarang kenapa ada kamera tersorok disitu dan sampai boleh dijual beli,” tulisnya dalam satu ciapan. Di ruangan komen mendapati ramai pengguna menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat isu tersebut selain menyelar tindakan pihak yang meletakkan kamera berkenaan. “Mangsa tolong pergi laporkan pada pihak berkuasa supaya orang yang letak kamera ini dikenakan tindakan sewajarnya. Rasa dah tak selamat dah lepas ini,” komen seorang netizen. “Siapa punya kerjalah muat naik video ni masuk media sosial, dah takde kerja lain agaknya selain sebarkan aib orang. Tak tahu pulak fitting room sekarang dah ada kamera, bahaya juga,” ciap @atiqahsapphire. -CARI Sumber: Kosmo
|
AKAZ85 replied at 12-1-2023 12:13 PM
Hornynye laa dekat fitting room pon nak memant*t.. Dah tak tahan sangat sewa je laa hotel murah
prettyuglybabe replied at 11-1-2023 12:02 PM
rempitnya dalam fitting room pun nak beromen..
ladybugz replied at 11-1-2023 03:01 PM
ya Allah, berapa kali tergerak hati nk ke H&M a week ago tp ada ja halangan. mujurla x ke sana.
ADVERTISEMENT