Fatin Afeefa bersama suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sering mencuri perhatian ramai di media sosial dek gelagat mesra mereka.
Terkini, Opai mengakui selalu membuat hal dalam hubungan mereka namun akhirnya akan dipujuk oleh Fatin. “Satu benda yang Opai suka tentang Fatin, dia suka pujuk saya walaupun saya yang selalu buat hal. Saya yang buat hal, tapi dia yang pujuk saya. Padu tak padu? “Saya baru nak ajar korang macam mana nak jadi padu macam saya. Kantoi buat hal, tapi Fatin pujuk haa,” kata Opai.
Sementara itu, Fatin membidas komen suaminya itu yang berkata dirinya beruntung kerana mendapat isteri yang rela menurunkan egonya. “Okayla dapat perempuan macam saya, dapat yang lain mahu kena santau awak,” ujar ibu anak dua itu.
|
innocentsangat replied at 11-1-2023 12:33 PM
Sian Fatin.
ADVERTISEMENT