CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Dibedah Masuk Wad- Bapa Pasang Khemah Di Parkir Hospital, Tidur Dalam Kereta

11-1-2023 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4074| Komen: 55

Ipoh: 'Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa'. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.


Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.

Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.


Foto: Harian Metro

Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa 'Adi' berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.

Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.

"Isteri menemani anak di wad dan saya 'menetap' dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.

"Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya," katanya dihubungi NSTP hari ini.

Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.

Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.

"Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.

"Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).

"Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir," katanya.

Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).

"Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.

"Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.

"Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 11-1-2023 10:31 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote babelina 11-1-2023 10:41 AM
moga dpermudahkn segala urusan.. amin yra..
Quote supernaturalee 11-1-2023 10:41 AM
x leh baca smpi habis
berabuk2 mata plak aihhh


Quote supernaturalee 11-1-2023 10:42 AM
moga afeef cpt sembuh
ayah, mak, adik beradik family semua kuat dan dipermudahkan urusan



Quote akies 11-1-2023 10:44 AM
Demi anak..ayah dan ibu sanggup buat apa sahaja ..
Quote ocho 11-1-2023 10:45 AM
kdg2 perlu kita nilaikan nikmat yg kita ada sekarang ...
Quote stingergrumpy 11-1-2023 10:51 AM
Parkir bermalam malam di parkir sepital FOC kew?
Quote tri-max 11-1-2023 11:23 AM
sedih baca, siapa yg pernah alami keadaan mcm ni mesti paham
nak tinggalkan tak sampai hati
korban kasih .. [dilagukan ]
Quote jejah 11-1-2023 11:50 AM
Ikhlas nya bapa si anak
Quote prizadane 11-1-2023 11:57 AM
Semalam kot bapanya post kat group camping kat fb. Actually this is a brilliant idea, camping kat parking lot hospital. HRPB ni parking memang horrible ya. Pusing cari parking je maybe dekat sejam baru dapat. Eh, tapi memang mostly all big GH, parking hauk.

Kasih seorang bapa yang ikhlas menjaga n membesarkan anak-anak. Sanggup bersusah demi emotional support untuk isteri n anak yang sedang sakit
Quote tintin22 11-1-2023 12:01 PM
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda & ayhda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Quote stingergrumpy 11-1-2023 12:06 PM
tintin22 replied at 11-1-2023 12:01 PM
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Opis block youtube access keww?Kesian...

Nah....

[youtube]CaHUnZHCyis[/youtube]
Credit:Youtube.
Quote cap_ayam 11-1-2023 12:10 PM
Semoga cepat sembuh buat anak ini..
Quote afie_m 11-1-2023 12:18 PM
semoga dipermudahkan..
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah bekorban apa saja
Quote Skuau 11-1-2023 12:22 PM
ada sesetengah hospital yg sediakan tempat tinggal 'percuma' tuk keluarga x berkemampuan..dlm kes tertentu yg dipanggil ANJUNG KASIH...Spital ni ada x???
Quote matseh 11-1-2023 12:27 PM
Teringat diri sendiri..bila pulak hari kita utk ibu dan ayah.
KAlau belum ada peluang lagi. Buat lah. KAlau x ada peluang lagi?
Quote hareeeesah 11-1-2023 12:27 PM
Semoga diberi kesembuhan & dipermudahkan urusan afeef & keluarga.
Quote makihamis 11-1-2023 01:01 PM
Semoga dipermudah urusan bapa & anak. Sayu nya acik
Quote auntieagony 11-1-2023 01:07 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan bagi Adi sekeluarga.
Semoga Afeef cepat sembuh dgn kesembuhan yg total.
Insya Allah
Aamiin.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047500 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top