CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dumpster Diving Mula Tular Di Malaysia, Korek Tong Sampah Cari Makanan Yang Masih Boleh Dimakan

11-1-2023 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3882| Komen: 30

Sayur atau buah yang hampir layu dan tidak dibeli orang ramai masih berguna kepada sesetengah orang termasuklah golongan yang menternak haiwan organik.

Zarah Alkhadri, 39, merupakan antara individu yang melakukan aktiviti 'dumpster diving' (selongkar tong sampah) untuk mengambil sayuran atau bahan lain yang dibuang di pasar pagi dan pasar besar, hampir setiap hari.

Dia yang mengusahakan Zarah Barakah Organic berkata mula melakukan aktiviti ‘dumpster diving’ sekitar empat bulan lalu selepas berpindah ke Setiu dari Kuala Terengganu.

Wanita itu berkata dia dahulunya menetap di Kuala Lumpur, dan berpindah ke Kuala Terengganu pada September 2020 untuk mengurangkan kos sara hidup.


Zarah mengakui dalam masyarakat kita, aktiviti ini tidak nampak pelik jika dilakukan di kawasan perkampungan atau luar bandar tetapi mungkin sedikit janggal jika dilakukan di bandar.


Dia menyelongkar tong sampah besar demi mencari sayur-sayuran atau bahan makanan lain yang biasanya tidak sesuai lagi untuk dijual, untuk diberi kepada haiwan ternakannya atau ditanam semula.

“Tak minta izin pun kerana ia bahan buangan yang tidak digunakan lagi. Tapi, kalau di kedai baru saya minta izin,” katanya.

Daun sup yang ditanam semula hasil 'dumpster diving' di kebun milik Zarah.

Bagaimanapun, ada masanya dia juga memperoleh sayur-sayuran seperti halia, serai, nanas dan kobis yang masih dalam keadaan baik untuk dimakan atau boleh ditanam semula.



“Mula ‘dumpster diving’ sebab bela ayam. Kami ingin bela ayam tanpa dedak untuk dagingnya yang lebih sihat.

“Pada asasnya, kami tidak mahu keluarkan kos yang banyak untuk ternak ayam.

“Selain itu, kami nak bantu kitar semula sisa organik, daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah lebih baik digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat,” katanya.

Bukan itu sahaja, dalam misi untuk mengurangkan kos sara hidup, dia juga mengutip sisa makanan di kedai makan atau hampas kelapa untuk dijadikan makanan haiwan ternakan.

Zarah berpesan kepada mereka yang ingin mencuba 'dumpster diving' untuk terus pergi ke mana-mana tong sampah pasar ataupun berjumpa sendiri dengan peniaga untuk meminta sayur-sayuran yang ingin dibuang.



“Pasar di kawasan kampung, biasanya mereka dah tahu... mesti ambil untuk haiwan ternakan.

“Mereka akan terus tanya haiwan apa yang kita bela.

“Selalunya, mereka lebih dari gembira untuk bagi kepada sesiapa yang meminta," katanya.

Wanita itu juga menasihati orang ramai yang ingin mencuba 'dumpster diving' supaya membuat sedikit kajian terlebih dahulu.

“Kalau rasa bermanfaat, boleh saja nak ikut tetapi tolong buat kajian. Jangan ikut tanpa ilmu kerana perkara ini viral ataupun trending.

“Segala maklumat yang saya berikan, hanyalah sekadar perkongsian,” ujarnya.

“Suami saya jaga pasar raya. Setiap hari ada bawa makanan dari kutipan seperti ini. Sekarang, buah dan sayur jarang beli, benda pilih-pilih banyak yang elok lagi.

“Kalau dekat pasar, banyak yang mereka buang tetapi dalam keadaan masih elok.

“Kehidupan yang mampan, saya suka!

“Dulu selalu pergi cari untuk arnab. Banyak sayur layu, dapatlah bagi arnab makan. Ada yang elok-elok juga.

“Saya selalu ambil di kedai-kedai atau pasar raya yang mereka letak di tong sampah untuk angsa makan,” demikian antara komen netizen.

Mengenai perniagaannya, Zarah berkata dia menjual produk organik, kebanyakannya untuk merawat ekzema secara dalam talian sejak tahun 2013.

Selain itu, Zarah juga mengadakan kelas pembuatan sabun natural dari minyak masak terpakai yang selamat digunakan.

"Kami menjual produk yang kami buat dan tanam sendiri. Apa-apa yang dihasilkan untuk dijual semuanya kami buat, dan dipakai oleh keluarga kami sendiri.

"Saya kongsi tentang 'dumpster diving' ini juga supaya pelanggan rasa lebih yakin untuk membeli produk daripada bisnes kami," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 11-1-2023 09:34 AM
bagulah..biasanya makanan2 cm biskut/keropok/gula yg masih elok pack elok dlm palstik pastu letak kt tong sampah. harap adalah org jumpa bole makan lagi.
Quote sharlenetexas 11-1-2023 09:48 AM
Best tgk ig sheols. Life close to nature. Mmg fun. Tgk mcm2 anak2 homeschool. Boleh tak nak speku x vaxx? Tapi kalau tu pilihan dia, biarlah. Bukan dia kacau org pun. Anak2 seronok dgn hidup. Hari2 belajar benda baru. Makan pakai pun cukup. Bukan mcm anak2 sohai laksa. Iols pun follow tips letak daun indian borage dalam tong simpan air. Dah xde jentik2.


Quote sharlenetexas 11-1-2023 09:51 AM
Sheols kutip sayur layu dari tong sampah pasar ada la hasilnya. Kalau tong sampah perumahan mmg lah euwww.


Quote supernaturalee 11-1-2023 09:56 AM
kadang rasa nk kutip jgk sbb bkn nk guna banyak pun
cnth daun kari utk sekali masak
pnh mntk dgn org pasar 2 pelepah je
elok je dia bagi
moga murah rezeki abg tu

pasar borong selangor
Quote makita 11-1-2023 10:02 AM
Biasa kutip sayur kat tong sampah pasar besar tu sayur fresh ya. Contoh mcm kobis yg kita tgok putih helok siap tu kan. Sebenarnya bila turun dari lori, peniaga akan bukak2 kelopak warna hijau sampai la jumpa lapisan putih. Kelopak hijau tu tebal jugak lapisannya. Mcm salad, sawi tu mmg peniaga akan pilih2 dan lain2 tu buang. Ni pengalaman meols yg dari lepas sekolah lg kene beli sayur kat pasal malam2 (sebab lori sampai malam) dan peniaga masa tu akan siap2 kan sayuran untuk niaga esok sambil tu dia menjual gak utk peniaga2 lain.
Quote maharani_gebu 11-1-2023 10:08 AM
bagus otak dia ni... dia bukannyer jual balik sebagai bahan dlm masakan... tp lebih pada bintang peliharaan... takdelah kena cerca...
Quote prettyuglybabe 11-1-2023 10:23 AM
dulu kami bela rabbit pun gi pasar kutip sayur dalam tong sampah..
sebab kelopak kobis tu peniaga buang je..
banyak jugak sayur dorang buang..
ada sayur yang layu sikit je..
dari jual murah, sanggup dorang buang..
pastu geng rohingya kutip jual kat luar pasar murah-murah..
Quote Decaffeinated 11-1-2023 10:50 AM
guna istilah 'dumpster diving' nampak urban

marketing bijak

memang pun kat kampung2 org yang bela itik ada yang amik sisa makanan dari restoran cuma tak lah panggil dumpster diving


Quote bitterchoc 11-1-2023 11:15 AM

Tempat macam Jaya Grocer pun selalu buang banyak barang makanan import yang mahal2 OK. Aiols dapat tau pun sebab masa tu tengah beli cereal kesukaan. Pekerja yang tolong aiols ambik cereal tu cakap semua cereals tu semua akan dibuang kalau tak dibeli (sebab mahal). Tension aiols mendengarnya. Kenapa tak jual murah je kalau dah nak expired. Ni tak, masuk ke dalam compactor kat tempat org tak boleh diving. Membazir makanan yg sedap dan berkhasiat.
Quote Simunggu 11-1-2023 11:21 AM
org sudah lama buat ini...apek tua ambil sisa makanan restoran utk babi makan...angkat penuh 1 lori
Quote tintin22 11-1-2023 11:33 AM
kadang2 kat kedai makan tgk meja lain ada separuh makanan tak habis.
terbiar begitu,rasa mcm nak kutip je.
sayang makanan.
Quote rosedemon 13-1-2023 10:20 AM
ok je klau aku bjang tingin nk buat
Quote LeonWalker 25-7-2023 08:26 PM
Promote pollution-free environments with Dumpster for responsible waste management and recycling. Cleaner surroundings start with conscious choices and proper disposal methods. Let's use dumpsters to keep our environment healthy and thriving.
Quote BumpIQ 25-7-2023 08:35 PM
@Bipolajourney2 dah lama buat benda ni demi untuk bayar data broadband wakakakakaka
Quote Friska 25-7-2023 08:40 PM
[youtube]RzJ0hFsqLPc[/youtube]
Quote krustykrab 25-7-2023 08:40 PM
supernaturalee replied at 11-1-2023 09:56 AM
kadang rasa nk kutip jgk sbb bkn nk guna banyak pun
cnth daun kari utk sekali masak
pnh mntk dgn org ...

Awat tk tanam daun kari tu?
Iols ada la sepasu kecik, boleh la time nk masak petik je..tu pun jarang guna..dlm setahun brp kali je ambik. Biasanya iols cantas kalau dia meninggi, so pokok tu sentiasa pendek je.
Quote acikhan 25-7-2023 09:25 PM
abah haku hari2 kutip sisa makanan kat kedai makan @ pasar utk ternakan ayam itik... kalo kat pasar kalo peniaga buang hasil yg elok.mmg abah haku kutip pastu tanam...kalo haku balik kg tlg abah haku g kutip sisa makanan tu.... penat n berbaloi org kata
Quote ninja boy 25-7-2023 10:57 PM
Sayur ada racun bagi haiwan makan,
Quote ultra78 25-7-2023 11:31 PM
Tidak pelik jika keadaan sayur yg dibuang tu sebenarnya lebih fresh daripada sayur yang kita dah lama peram dalam peti ais

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.242959 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top