CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Rogol Umur 16 Tahun Tembak Ibu Perogol

11-1-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1790| Komen: 6

NEW DELHI – Seorang remaja berusia 16 tahun dari India, ditahan selepas menembak dan mencederakan seorang wanita yang merupakan ibu kepada lelaki yang memperkosanya dua tahun lalu, lapor laman berita Wion News.


Insiden itu berlaku petang Sabtu lalu selepas mangsa yang dikenali sebagai Khursheeda, 50, penduduk kejiranan Subhash Mohalla, timur laut Delhi dibawa ke hospital, kata seorang pegawai kanan polis.

Mangsa menguruskan sebuah kedai runcit. Anak lelakinya yang berusia 25 tahun telah dituduh memperkosa gadis itu pada 2021.


Foto: Getty Images

Siasatan awal mendapati gadis itu memfailkan laporan awal terhadap anak lelaki mangsa dua tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Delhi (timur laut), Sanjay Kumar Sain berkata, bilik kawalan polis menerima panggilan mengenai tembakan kira-kira pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

“Gadis itu mendakwa dia telah diperkosa oleh anak lelaki mangsa pada 2021, selepas itu kes atas tuduhan merogol dan di bawah seksyen berkaitan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual telah didaftarkan,” demikian menurut laporan media mengenai kejadian itu.

“Lelaki berusia 25 tahun itu kemudiannya ditangkap dan masih ditahan di penjara,” tambah laporan tersebut.

Gadis itu telah ditahan dan polis turut menemui pistol yang digunakannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 11-1-2023 11:13 AM
kesian, mangsa-mangsa rogol india ni.. siapa nak bela kalau bukan diri sendri..
Quote Skuau 11-1-2023 11:20 AM
di sini...bkn salah ibu mengandung.
di sana...salah ko mengandungkan perogol.
                             
Quote orangbiasaje 11-1-2023 01:56 PM
Skuau: di sini...bkn salah ibu mengan ...



Kekdg mak pun enabler. Teringat kes perempuan kena belasah keluarga dak lelaki yang dia rejek. Dgn mak dak laki tu pun pukul dia. Bila buta anggap anak tak pernah buat salah.
Quote rosedemon 13-1-2023 10:18 AM
ha padan muka
Quote DeLuna85 13-1-2023 11:23 PM
Untung tak mati. Anak punya pasal
Quote faraway1 13-1-2023 11:55 PM
Perogol mesti nyesal orang dirogol bunuh mak dia, sayang semuanya sudah terlambat, patut kurung burung dalam sangkar

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032337 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top