CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Hidu Bau Memualkan, Mayat Wanita Ditemui Dimakan Oleh Lima Anjing Peliharaannya

11-1-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 879| Komen: 1

Mayat seorang wanita ditemui telah dimakan anjing di rumahnya sendiri, berikutan aduan tentang bau busuk oleh jiran terdekat.

Ketika memasuki rumah tersebut pada 31 Disember, mereka menemui mayat Ana Inés de Marotte, yang sebahagiannya telah dimakan oleh lima ekor anjing miliknya.


Polis dipanggil ke sebuah rumah di kawasan kejiranan Lapangan Terbang, di bandar Santa Rosa, Argentina berikutan laporan jiran mengenai "bau mual" yang datang dari rumah itu selama seminggu.


Foto: Daily Star

Wanita berusia 67 tahun itu telah diisytiharkan hilang pada minggu kedua Disember, tetapi ditemui di Sanatorium Santa Rosa dan dibebaskan pada hari yang sama.

Bagaimanapun, selepas dia keluar, Marotte kembali ke rumahnya dan ditemui mati seminggu kemudian dengan anjingnya terperangkap di dalam rumah bersamanya.

Menurut pesuruhjaya Fernando Martín Cortez, dari Bahagian Kedua Santa Rosa, melaporkan apabila memasuki sebuah bilik di rumah tersebut, pihak polis mendapati Marotte tidak bernyawa di atas lantai.

Menurut akhbar tempatan, Cortez menjelaskan bahawa wanita itu telah pergi ke Sanatorium Santa Rosa untuk merawat keadaan perubatan, dan dia sendiri telah dimasukkan tanpa mempunyai saudara mara di bandar itu.

Pendakwaraya Óscar Alfredo Cazenave mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jantung terhenti mengejut atau sudden cardiac arrest (SCA) dan anjing itu telah memakan sebahagian muka dan telinga selepas kematiannya. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-1-2023 10:17 AM
yekkk. apo ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044885 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top