CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pengorbanan Isteri Dan Ibu Yang Melahirkan Langsung Tak Dihargai,"-Ibu Syamsul Yusof Sokong Puteri Sarah Minta Cerai

10-1-2023 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17554| Komen: 257

Puteri Sarah Liyana menerima sokongan ramai selepas menyatakan hasrat mahu menamatkan perkahwinannya dengan suami Syamsul Yusof.

Selain peminat dan rakan artis, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail turut dilihat memberikan sokongan terhadap apa jua keputusan yang boleh memberi kebahagiaan kepada Sarah.


Kata Patimah, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, layak mendapatkan kebahagiaan setelah sekian lama tidak dihargai oleh suaminya.

Foto: mStar

Patimah turut mempersoalkan keadilan buat Sarah dan anak-anaknya kerana kebahagiaan mereka telah dirampas sehingga aktres itu terpaksa membesarkan anak sendirian.

"Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah kerana pengorbanannya langsung tidak dihargai.


"Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini?," katanya.




Patimah menulis luahannya itu menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Sarah pada Selasa.

Sementara itu, rakan artis iaitu Lufya turut memberikan sokongan dan meminta Sarah menghentikan kemelut rumah tangga mereka dan berhak untuk hidup lebih tenang.

Kata Lufya, dia tidak mahu melihat Sarah dan anak-anaknya menjadi bahan fitnah dan berhenti melayan segala drama.



"Hentikan semua ini Sarah. Jangan layan 'drama' ini lagi. Awak dan anak-anak bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak-anak.

"Biarkan mereka dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu lihat awak dan anak-anak jadi bahan fitnah lagi. Terima ketentuan yang telah ditakdirkan ini," ujarnya.

Terdahulu, Sarah memohon Syamsul untuk melepaskannya segera kerana dia tidak rela hidup bermadu.



Menurut Sarah, sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak berbincang menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 10-1-2023 05:15 PM
bosan lah..semua nk dibuat tered..
Quote renko 10-1-2023 05:22 PM
kata sayang menantu
arini sokong cerai plak
Quote cikyaa_aziz 10-1-2023 05:30 PM
renko replied at 10-1-2023 05:22 PM
kata sayang menantu
arini sokong cerai plak

sbb sygla skong menantu nk cerai. takan nk pakse menantu trime madu plak. dia pun xsgup trime menantu bru.
Quote Acun 10-1-2023 05:34 PM
renko replied at 10-1-2023 05:22 PM
kata sayang menantu
arini sokong cerai plak

dah tu? nak biar je ke menantu tersakiti. ko ingat PS nak bermadu ke? ngek!
Quote Nurul8001 10-1-2023 05:36 PM
edayildiz replied at 10-1-2023 05:15 PM
bosan lah..semua nk dibuat tered..

Sabar sikit uolls. Kalau taknak baca, swipe je ye. Sesekali ada org curi limelite hajjah nelop n the geng, bagi can sikit.
Quote Incanto 10-1-2023 05:38 PM
renko replied at 10-1-2023 05:22 PM
kata sayang menantu
arini sokong cerai plak

menantu tetap menantu walaupun dah cerai dgn anak
Quote Nizleen86 10-1-2023 05:42 PM
Mesti acik dp malas nak start all over again kan. Yela dah best dgn menantu ni. Nnt kena start balik mcm sol baru kawin nak sesuaikan diri terima perangai menantu baru. Ah malas!
Quote renko 10-1-2023 05:49 PM
cikyaa_aziz replied at 10-1-2023 05:30 PM
sbb sygla skong menantu nk cerai. takan nk pakse menantu trime madu plak. dia pun xsgup trime mena ...

oo begitu
Quote renko 10-1-2023 05:49 PM
Incanto replied at 10-1-2023 05:38 PM
menantu tetap menantu walaupun dah cerai dgn anak

oo macam tu
Quote QueenIsolde 10-1-2023 05:50 PM
Suka dpatimah ni, sentiasa sokong Sarah..mesti bengkek je birah kazar
Quote renko 10-1-2023 05:51 PM
Acun replied at 10-1-2023 05:34 PM
dah tu? nak biar je ke menantu tersakiti. ko ingat PS nak bermadu ke? ngek!

yang kau ngek kan aku kenapa
kan tanya tu
rilek
Quote bendera 10-1-2023 05:54 PM
aku rasa PS ni akan cerai juga lepas ni, lepas cerai boleh la IRA tu uli sol tu puas2, tapi lepas mandrem dia habis, baru sol ni ingat PS n anak2 dia..puihhhh bodoh punya sol.
Quote winky1 10-1-2023 05:57 PM
Incanto replied at 10-1-2023 05:38 PM
menantu tetap menantu walaupun dah cerai dgn anak

Betul. Baru sol rasa ego tercalar ...isteri pun tak sior ..dia ingat dia hero Malaya...you can mengadap paksamad family club 24/7. Happy New year Mohd shamsol
Quote koko2 10-1-2023 05:58 PM
6 drp 10 pompan yg minta cerai lepas laki kawen len NYESAL tak sudah..
5 drp pompan yg minta cerai TERLIBAT semula dgn cinta laki org..

sooo....
Quote smudger01 10-1-2023 06:10 PM
koko2 replied at 10-1-2023 05:58 PM
6 drp 10 pompan yg minta cerai lepas laki kawen len NYESAL tak sudah..
5 drp pompan yg minta cerai T ...

Dan maybe Sarah akan tergolong di kalangan 4 org tu. So...
Quote Zazama 10-1-2023 06:17 PM
Sebaiknya kurangkan berkongsi di medsoc.
Quote Incanto 10-1-2023 06:22 PM
aku harap PS mula hidup baru, get yr own support system

memang toksop dan datin akan sayang dia sampai bila bila tp derang pun dah tua.

PS kena strong kalau nanti  tok sop dan datin dah uzur
Quote kerani_je 10-1-2023 06:23 PM
Mak nya pun. Melebih2 pulak . Sebijik mcm mertua nora danish. Benci nau si fasha tu. Konon Nora la menantu kesayangan satu2 nye.

Mertua dari neraka gayanye. Pilih2 menantu jgk. Walaupun ira tu sebegitu, anak ko pun boleh tahan rempit bohjan. Cuma anak ko kaya n ada rupa n bakat la jgk.

Komen pun agak2 la datin. Benci nau nmpk nye ke ira sorang.
Quote chocobozhere 10-1-2023 06:29 PM
kerani_je replied at 10-1-2023 06:23 PM
Mak nya pun. Melebih2 pulak . Sebijik mcm mertua nora danish. Benci nau si fasha tu. Konon Nora la m ...

Dia benci pmpuan tu bersebab.. Anak dia takan dia nak benci.. Tapi konfom lah dia dah puas marah anak dia..

Lihat semua komen(257)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.092962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top