Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal oleh netizen sama ada mahu berkahwin baru atau tidak.
“Datuk bila mahu kahwin dua?” soal netizen. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Aliff menjawab soalan tersebut sambil merakam dan bertanya kepada isterinya Datin Seri Nur Shahida yang duduk di belakang ‘seat’ kereta. “Ha macam mana, orang tanya ni,” tanyanya kepada isterinya itu. Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah respons yang diberi oleh isterinya yang menyuruh Aliff untuk memindahkan semua harta kepadanya dahulu jika mahu berkahwin lain.
“Pindahkan semua aset dulu kepada nama saya, lepas itu suka hatilah,” balas Shahida. Jawapan yang diberi oleh Shahida turut membuat Aliff terkejut sehingga bertanya kembali kepadanya. “Oh so awak sayang saya sebab harta jelah?” soal Aliff. Sekali lagi, respons jujur yang diberi oleh Shahida kepada Aliff membuat rata-rata pengikutnya terhibur.
|
anony-mous replied at 11-1-2023 03:20 AM
Ank2 they ols mcm x mewarisi kekacakan n kecantikan mak ayah. Ke mata i jah rasa mcm tu?
bintangct replied at 10-1-2023 10:18 PM
nape hidung dia mcm tu berketul²
sukacactus replied at 11-1-2023 05:54 AM
Dah dedua muka buatan, cemana nak mengikut
Hidung, dagu diorang xsama dgn dgn pic diorang dedulu
..Sebab life dengan Datin bermula dengan kosong, so nak kahwin lain kena bermula dari kosong balik baru adil. Dulu Datuk belum kaya raya, isteri inilah yang nak dekat Datuk jugak..
JiEunTak replied at 11-1-2023 09:55 AM
bukan datin saja...aku pun sama...
aku habaq kat laki aku nak kawen boleh...
bagi aku RM5k sebulan.. ...
ADVERTISEMENT