Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara pasukan Malaysia menentang Thailand pada Sabtu lalu telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) baru-baru ini.
Walaupun dah tiga hari lepas, difahamkan ramai masih tidak berpuas hati dengan sikap segelintir penyokong tempatan yang gemar melakukan tindakan kurang menyenangkan semasa berada di stadium. Ia susulan sebuah video tular seorang penyokong bertindak membaling cawan plastik yang berisi sos dan sisa air minuman secara rawak kepada penyokong lain. Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa penyokong lain yang turut melakukan hal sama sehingga menimbulkan rasa kurang selesa daripada penyokong yang lain.
Di Twitter kebanyakan netizen mengeji tindakan tersebut kerana ianya memalukan nama Malaysia. Memang mentaliti kelas ketiga kata mereka. "Sebab ni aku malas nak lepak dengan orang yang sembang pasal bola ataupun terlampau fanatik minat bola sebab masa depan dia sama macam bola, asyik ditendang je." "Kenapa ramai sangat yang pengotoq sangat ni? Tak senonoh betul lah semua!" antara komen. Dalam masa yang sama, ramai yang mengharapkan agar penyokong tempatan tidak buat perangai ‘hodoh’ mereka lagi supaya tidak dipandang rendah oleh penyokong dari negara lain. -CARI
|
hyie replied at 10-1-2023 04:25 PM
diorang cakap itu satu kepuasan untuk diorang, macam ala2 celebrate gitu la. Chuols rasa?
ADVERTISEMENT