CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zainal Abidin Restu Fyna Jebat Terus Menyanyi

10-1-2023 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3914| Komen: 21

Spekulasi pernikahan akhirnya terungkai apabila penyanyi Fyna Jebat, 29, mengakui kini bergelar isteri kedua bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan, 60.

Enggan mendedahkan tarikh pernikahan, Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29, berjaya mengumpul kekuatan apabila mengumumkan spekulasi yang mula diperkatakan sejak minggu lalu.

Mulanya Fyna seakan-akan cuba bermain tarik tali, namun akhirnya tidak mampu berselindung lagi, apatah lagi, berita gempar itu dinantikan ramai.

Foto: IG

"Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang memberikan komen baik-baik.

"Harap dapat doakan saya dan keluarga," kata Fyna.


Pendedahan dibuat selepas Fyna dan kakaknya, Ayda Jebat selesai beraksi untuk program realiti, Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, kelmarin.



Agak keberatan mengulas butiran majlis pernikahannya, Fyna hanya minta mendoakan yang terbaik perkahwinannya dengan bintang yang terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an itu.

Seakan memahami situasi dihadapi adiknya, Ayda memohon jasa baik media supaya tidak bertanya lebih lanjut berhubung butiran perkahwinan.

"Rasanya tiada apa lagi yang perlu diceritakan. Hanya setakat itu sahaja yang boleh kami kongsikan. Harap semua faham.

"Apapun, saya berbangga adik saya berani bercerita perkara ini kepada semua orang. Terima kasih atas doa buat kami," ungkap Ayda mengharap pengertian.


Walaupun enggan bercerita lanjut mengenai status perkahwinannya, namun pemenang tempat ketiga, program Akademi Fantasia 9 ini mengakui, Zainal Abidin begitu menyokong kerjaya seninya.

"Beliau merestui dan menyokong pembabitan saya dalam program realiti, Famili Duo. Itu yang kami menang minggu ini," katanya sambil tertawa.

Terdahulu, gosip perkahwinan tidak langsung mengganggu Fyna untuk membuat persembahan dalam program Famili Duo.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan gosip Zainal Abidin bernikah dengan seorang wanita berusia 29 tahun apabila topik itu menjadi perbualan hangat dalam media sosial.


Beberapa portal dilaporkan memetik nama bekas pengendali Penang FC dan Melaka United itu melangsungkan perkahwinan dengan wanita terbabit yang dikatakan adik kepada Ayda, iaitu Fyna.

Arena Metro memetik sumber yang mengesahkan pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat.


Mengikut rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga cahaya mata. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 10-1-2023 02:27 PM
Ok baik abamm esok harga telur
Jatuh rm10sen sebiji cam zaman dolu k
Quote prince_marhaen 10-1-2023 02:47 PM
bang enal ada genetik Kenya kan.... hashtag #pastisenak
Quote Aneem 10-1-2023 03:01 PM
Makin pelik aku nengok rupa ayda jebat
Quote cikatilia 10-1-2023 03:08 PM
tua nau upe ayda tu
Quote alesandra 10-1-2023 03:10 PM
Aneem replied at 10-1-2023 03:01 PM
Makin pelik aku nengok rupa ayda jebat

kann.ingat aku sorang je pikir mcm tu
Quote rayna_raynes 10-1-2023 06:56 PM
Fina ni cantik, tapi kalau bergambar filter berlapis2. Rilek ah, berbanggalah dengan kaler kulit natural itu.
Quote Piramida 10-1-2023 07:12 PM
Edited by Piramida at 10-1-2023 07:13 PM

Betullah hitam itu menawan.. Terkulai layu si fyna.

Takde agaknya laki2 baya dia yg berjaya buat isteri.
Quote sarah_ary2 10-1-2023 07:35 PM
Macam muka Taeyeon Snsd dah wajah si Fina ni
Quote annadonna 10-1-2023 07:44 PM
Memalukan kaum lelaki bujangan yg tak laku laku
Quote beatgirlX 10-1-2023 07:56 PM
Tok laki dia terus membisuuu
Quote wirazam 10-1-2023 09:20 PM
Piramida replied at 10-1-2023 07:12 PM
Betullah hitam itu menawan.. Terkulai layu si fyna.

Takde agaknya laki2 baya dia yg berjaya buat is ...

Rupa fina nih not bad..boleh nyanyi lagi..tp sunyi sepi sbb takde lagu power kot...patutnya ko gi further study boleh jadi pelapis tok pinaz
Quote orkidorkido 10-1-2023 09:59 PM
Anak tiri lagi tua dari dia ke
Quote hidet 10-1-2023 11:07 PM
Beza umur 30 tahun..huhu..apalah yabg dicari agaknya
Quote dua_chzy 10-1-2023 11:11 PM
hidet replied at 10-1-2023 03:07 PM
Beza umur 30 tahun..huhu..apalah yabg dicari agaknya

Father figure.

Keluarga Ayda takda tu.

Mak dia yang besarkan meka adik beradik lepas bercerai kata Wiki.
Quote spy_caridotdot 11-1-2023 01:52 AM
Apsal muka aida mat aris makin terserlah mat arisnya?
Quote samshik 11-1-2023 03:03 AM
Filter ko.. Kalah mkn quputeh...
Quote anony-mous 11-1-2023 03:27 AM
I pon membesar tarak father figure. Tp nasib baik la x taste rentua
Quote rosedemon 11-1-2023 08:39 AM
yekk geli tgk muka ayda. fyna ni tggl mekap msti cam mak lampir
Quote alesandra 11-1-2023 10:17 AM
anony-mous replied at 11-1-2023 03:27 AM
I pon membesar tarak father figure. Tp nasib baik la x taste rentua

Takde father figure x semestinya ada daddy issues.aku rasa salah satu faktor taste sebaya bapak ni daddy issues.cth..serena chef wan dgn arwah hani mohsin. serena sendiri penah mengaku masa tu yg dia bukan nak duit chef wan tapi kasih sayang..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.116797 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top