CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Dua Tahun Ikut Ajaran Sesat Millah Abraham, Pablo Amirul Nak Berubah

10-1-2023 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3174| Komen: 13

Selepas membuat pengakuan mengikuti ajaran sesat Millah Abraham, pelakon Pablo Amirul, 37, mengakui, dirinya hanya manusia biasa yang tidak lari membuat kesilapan.

Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri berkata, dia mahu menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran, selain berharap orang ramai tidak mengikut jejak langkahnya itu.

Foto: IG

"Saya masih lagi dalam siasatan polis dan memberi kerjasama kepada jabatan agama Islam. Apa yang berlaku ini jadikan pengajaran dan mungkin sebab untuk saya berubah menjadi lebih baik.

"Orang ramai boleh beri pandangan atau kecam kerana saya tak kisah. Saya ini hanyalah manusia dan berserah kepada Allah.

"Kalau saya buat kesilapan, janganlah ikut. Jadikan, ia sebagai pengajaran dan berubah kepada kehidupan lebih baik. Saya boleh katakan saya hanyalah lelaki biasa," katanya kepada BH Online.



Pablo menjelaskan, dia berbuat demikian disebabkan hilang sabar terhadap bekas kekasihnya yang dikatakan sebagai punca dirinya mengikuti ajaran terbabit.

"Saya buat sebegitu kerana hilang sabar dan itu juga mungkin boleh berlaku kepada mana-mana lelaki. Saya sendiri tidak malu mengakui apa yang sudah dilakukan.

"Apa sahaja yang berlaku selepas ini saya akan hadap. Saya juga mahu mengingatkan sesiapa sahaja yang muat naik video saya tanpa kebenaran supaya hentikan.

"Ini kerana anda sudah mencabuli privasi saya. Berikan saya ruang kerana masih dalam siasatan," katanya.



Pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu berkata, media sosial adalah tempatnya meluahkan perasaan.

"Media sosial adalah tempat untuk saya ekspresikan diri, tetapi saya sudah nampak kesalahan dilakukan.

"Saya akan lebih berhati-hati dan cuba berubah selepas ini.

"Bagaimanapun, saya hargai peminat mendoakan saya diberi petunjuk," katanya.



Pada masa sama, dia berharap kesalahannya itu dapat dilupakan dan mahu berubah ke arah lebih baik.

"Kita lupakan apa yang berlaku dan terus pandang ke depan. Saya juga tidak terkesan dengan apa diperkatakan manusia.

"Apa yang penting, saya dapat reda daripada Allah kerana tidak sempurna.

"Doakan saya dapat terus berbakti dalam industri perfileman negara," katanya.



Terdahulu, menerusi perkongsian secara langsung di Facebook (FB), Pablo mendedahkan dirinya sudah dua tahun mengikuti ajaran sesat Millah Abraham.

Jelas Pablo, dia berbuat demikian selepas mengikuti seorang wanita yang juga bekas kekasihnya dipercayai juruterbang.

Ajaran Millah Abraham difatwakan sebagai menyeleweng dan bertentangan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) Kali Ke-109 pada 2016. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 10-1-2023 04:20 PM
ajaran tu yang ala2 solat boleh pakai niat tu ke? ke camne nyah?
Quote tipah89 10-1-2023 04:31 PM
lantak kau lah.. camna la acik pilot boleh sangkut dgn dia ni, kepam n rempit yakmattttt or just buat sedap2 kot.
Quote anilanil 10-1-2023 04:36 PM
Sedarilah oleh mu. Ko tak cukup kacak utk acah2 menjadi bagian pengikut torat.
Quote KamikuP 10-1-2023 04:51 PM
Dia ada leak kah? ekekeke
Quote renko 10-1-2023 05:57 PM
bakal jual burger ke pasni
Quote fadz84 10-1-2023 08:09 PM
Shah Alam: Setiap pengikut ajaran Millah Abraham perlu membayar wang untuk bertaubat, menuntut cerai ke atas pasangan yang tidak menyertai gerakan, menggunakan kelas al-Quran dalam talian bagi menarik pengikut baharu.

Itu sebahagian dari modus operandi dan strategi ajaran sesat Millah Abraham @ Ibrahim yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 September 2015.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini, modus operandi ajaran Millah Abraham terbahagi kepada tiga iaitu indoktrinasi ahli, propaganda dan perkaderan ahli.

"Ajaran Millah Abraham ini dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diterajui oleh Ahmad Musodiq. Ajaran itu dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon, di Jawa Barat Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.

"Mereka meyakini ajaran itu adalah ajaran yang lurus lagi benar setelah jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah, manakala Islam yang diamalkan pada hari ini adalah palsu. Dakwaan itu mengakibatkan sesiapa sahaja selain daripada pengikutnya menjadi sesat.

"Baru-baru ini, ajaran sesat ini turut mengambil kesempatan meluaskan propaganda melalui media sosial seperti kelas al-Quran secara dalam talian," demikian kenyataan itu, hari ini.

Pada 17 September 2015, fatwa yang diwartakan menegaskan beberapa perkara berhubung ajaran itu, antaranya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baru iaitu Millah Abraham@Ibrahim.

"Menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham@ibrahim sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran Millah Abraham@Ibrahim.

"Kumpulan ajaran sesat itu juga menafikan kefardhuan solat lima waktu dan solat Jumaat, selain mewajibkan bai'ah dan berpegang dengan bai'ah.

"Mereka terlalu taksub dengan dakyah sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak mengikut Millah Abraham @ Ibrahim ini, malah menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi," katanya.

Selain itu, ajaran ini menyasarkan golongan muda sebagai wadah untuk dakyah yang dibawa serta mempunyai unsur militan yang sesat dan membahayakan.

"Kumpulan ini juga bersolat melalui penyampaian makna dalam Bahasa Melayu selain tidak berpegang kepada Hadis Nabi (Muhammad) SAW," katanya.

Menurut Mais, kelicikan gerakan Millah Abraham@Ibrahim yang berterusan ini mampu mengancam keselamatan negara, malah memberi implikasi kepada sifat taksub melampau dan fenomena takfir iaitu kafir mengkafirkan dalam kalangan masyarakat Islam.

Justeru itu katanya, kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama bersama dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu diperkukuhkan lagi.

"Ini bertujuan memantau gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan ajaran sesat lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

"Tindakan tegas terhadap pengikut dan pemimpin gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang terbabit perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 dan Kanun Keseksaan," katanya.
Quote Lengkong 10-1-2023 08:36 PM
Moga menjadi insan lebih baik..Allah bersamamu...Aamin
Quote rosedemon 11-1-2023 08:38 AM
sukati engkolah
Quote cattiecute 11-1-2023 10:06 AM
meremang aku tengok muka si pablo ni.
selera apakah acik curly nak berkawan dengan dia ni?
Quote Nnasda53 11-1-2023 10:08 AM
Dah ada kesedaran tu baguslah teruskan berusaha menjadi lebih baik.
Quote BellaThePrinces 11-1-2023 10:29 AM
apakah pokcik pablo sorang je yg perasan pompuan itu kekasihnya...sedangkan pihak belah sana tak ada apa2 perasaan pung....kesiannnnnnn....

Quote AnnaSendin 11-1-2023 11:49 AM
Kerna betina, tergadai agama. Pastu merentan. Apooo
Quote bulalof 11-1-2023 02:30 PM
lemahnya Iman. dilahirkan Islam pun masih mudah diperdaya Syaitan.

pergilah belajar agama baik2 ya, dah tua bangka patotnya tak sebebal ini sampai join ajaran sesat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.184914 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top