CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Pangsapuri Taman Seri Murni Berang! Wanita Rohingya Dah 10 Tahun Buat Bisnes Rempeyek Dan Cili Giling, Masak Dalam Rumah Jijik Dan Kotor

10-1-2023 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4879| Komen: 54

Kuala Lumpur: Kotor dan menjijikkan. Itu pemandangan dilihat dalam sebuah rumah yang dijadikan premis memproses cili giling dan rempeyek oleh warga asing di Pangsapuri Taman Seri Murni Fasa 2, Selayang di sini.


Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah itu, wartawan Harian Metro melihat kelibat dua wanita sibuk menggoreng rempeyek versi Myanmar manakala seorang lagi wanita sedang memasak cili kering.

Terdapat banyak bekas makanan mengandungi tepung dan cili kering yang diproses di segenap rumah berkenaan, selain ada bekas berkulat kerana sisa makanan tidak dicuci yang berbau busuk dan kotor.


Foto: Harian Metro

Di hadapan rumah, ada beberapa longgokan sampah yang dibiarkan.


Wanita etnik Rohingya berusia 40-an yang mengusahakan perniagaan cili giling dan rempeyek itu memaklumkan sudah menjalankan perniagaan terbabit sejak 10 tahun lalu.

"Saya menetap di sini (pangsapuri) sejak 10 tahun lalu. Dulu saya berniaga kecil-kecilan saja.

"Apabila permintaan meningkat, saya terpaksa sewa rumah lain untuk proses produk pada skala besar," katanya ketika ditemui di rumah berkenaan, semalam.

Menurutnya, dia menyewa rumah itu daripada seorang lelaki warga tempatan pada harga RM650 sebulan sejak beberapa tahun lalu.

Foto: Harian Metro

"Pemilik rumah tahu saya sewa rumah untuk proses makanan dan dia tak kata apa-apa.

"Saya tahu ada penduduk tidak senang dengan tindakan saya memproses makanan dalam rumah, tetapi saya terpaksa buat untuk teruskan perniagaan," katanya.

Wanita itu yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, dia mengupah beberapa wanita senegara bagi membantu memproses produk berkenaan.

"Saya bayar upah mereka RM30 sehari kerana saya tidak mampu buat seorang.

"Cili giling dan rempeyek siap dibungkus dibawa ke Pasar Borong Selayang untuk dijual pada harga RM2 sebungkus," katanya.


Foto: Harian Metro


Katanya, dia akan menyewa kedai di kawasan sekitar pasar borong selepas ini susulan aduan dibuat penduduk.

Amaran berulang kali bagai tak berkesan

Meskipun beberapa kali diberi amaran, wanita warga Myanmar yang menjadikan rumah sewa sebagai premis memproses makanan berdegil apabila terus menjalankan kegiatan berkenaan.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Taman Seri Murni Fasa 2, P Raveendran berkata, pihaknya menerima 10 aduan berhubung perkara itu sejak memegang jawatan 10 bulan lalu.

"Kita memaklumkan pemilik rumah beberapa kali sebelum ini namun tiada tindakan dibuat.

"Malah, amaran secara lisan dan bertulis diberi kepada wanita berkenaan supaya menghentikan aktiviti itu dalam tempoh 14 hari namun dia masih melakukannya," katanya.

Ravendran berkata, kebanyakan aduan diterima membabitkan bau asap cili kering yang diproses menjadi cili giling.


Foto: Harian Metro

"Ketika mereka proses cili kering, ia mengeluarkan bau tidak menyenangkan hingga menyebabkan batuk dan pedih terutama kepada kanak-kanak dan warga emas.

"Ada jiran yang mengadu koridor di hadapan rumah kotor kerana sampah diletak merata-rata tempat," katanya yang sudah menetap di pangsapuri berkenaan sejak 27 tahun lalu.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap wanita Rohingya itu termasuk mengusir keluar dari rumah jika enggan menghentikan operasi memproses makanan dalam tempoh ditetapkan.

Mengulas mengenai isu warga asing di pangsapuri berkenaan, beliau berkata, selain aduan wanita terbabit, pihaknya menerima aduan perkara lain termasuk masalah kebersihan serta keselamatan.

"Antara aduan lain adalah isu meludah sirih serta keselamatan kanak-kanak semasa bermain terutama di sekitar kolam renang selain gangguan bunyi bising.

"Kita ambil tindakan segera terhadap setiap aduan diutarakan pendudukbagi memastikan keselesaan serta keselamatan mereka terjamin

"Ini termasuk melantik orang tengah dalam kalangan mereka (warga asing) untuk berbincang," katanya.

Sementara itu, 'orang tengah' warga asing, Mohammad Islam Moto Zari, 48, dari Myanmar berkata, ada antara warga asing di perumahan berkenaan tidak fasih berbahasa Melayu.

"Jadi, saya dilantik untuk berkomunikasi bagi pihak pengurusan pangsapuri dengan penghuni warga asing bagi menyelesaikan masalah termasuk isu kebersihan yang kerap diutarakan penduduk.

"Dalam kes wanita yang memproses makanan di dalam rumah itu, saya sudah bertemunya dua kali untuk memaklumkan supaya menghentikan aktiviti itu namun dia degil," katanya pemegang kad UNHCR yang sudah menetap di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.

Sewakan rumah RM1k kepada pendatang

Kebanjiran warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Borong Selayang menjadikan penempatan di kawasan sekitar dipenuhi golongan itu termasuk di Pangsapuri Taman Seri Murni Fasa 2, di sini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Murni Fasa 2, Syed Mohd Khusyairi Syed Yaacob berkata, dianggarkan 65 peratus penduduk di pangsapuri itu adalah warga asing.

"Majoriti warga asing menyewa di pangsapuri ini warga Myanmar termasuk etnik Rohingya selain Bangladesh, Pakistan dan Indonesia yang bekerja di sekitar pasar borong.

"Kehadiran mereka banyak mendatangkan masalah terutama dari segi kebersihan dengan cara hidup mereka yang pengotor seperti meludah sirih, membuang sampah merata dan vandalisme," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Syed Mohd Khusyairi berkata, pihaknya tiada hak menghalau warga asing memandangkan pemilik rumahmenyewakan kediaman kepada mereka.

"Difahamkan kebanyakan pemilik rumah di sini menyewakan kediaman antara RM650 hingga lebih RM1,000 sebulan kepada warga asing.

"Warga asing pula menyewakan bilik dalam rumah itu untuk pembahagian bayaran sewa dengan ada rumah yang menempatkan sehingga lima keluarga.

"Kehadiran ramai warga asing menyebabkan keadaan di pangsapuri ini seperti setinggan," katanya yang menetap di pangsapuri itu kira-kira 15 tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Taman Seri Murni Fasa 2, Ashraf Ali berkata, kebanyakan aduan membabitkan isu parkir, sampah dibuang merata, meludah sirih, mabuk, gaduh dan bising.

"Ada penduduk minta hadkan warga asing menyewa kediaman di pangsapuri ini namun ia di luar bidang kuasa kami.

"Ini kerana ada di antara pemilik rumah tidak memaklumkan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) bahawa kediaman mereka disewakan kepada warga asing sedangkan mereka perlu memberitahu terlebih dulu.

"Apa yang kita bimbangkan adalah warga asing di sini mungkin tidak memiliki dokumen sah dengan berselindung di sebalik pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang lain," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 10-1-2023 01:32 PM
Kasihan kepada penduduk Selayang yang beli produk buatan dia ni.
Quote nurul_akmar 10-1-2023 01:34 PM
Pemilik rumah pon. Amek la tindakan. Ni org kita sendiri pon x kesah, mmg sekapal la menunggu nk masuk msia
Quote shernazz 10-1-2023 01:35 PM
Mesti sedap peyek dia tu..supply kat kedai aceh plak...orang melayu beli..
Tak pon..buat banyak2...buat peket kecik2 ..membeli.sambil.menderma
Quote Nnasda53 10-1-2023 01:41 PM
Mesti org kat situ dah terbiasa air tangan rohingya ni
Quote bulanbulat 10-1-2023 02:03 PM
nurul_akmar: Pemilik rumah pon. Amek la tin ...


Dia nak duit bulan2 masuk ja
Quote namieamuro 10-1-2023 02:06 PM
salah siapa? sebab tu sedara mara kt Bangladesh tu berpusu2 dtg sini sbb bebas meniaga, bebas berkeliaran, bebas buat onar. selagi kad jahanam tu tak dihapuskan. selagi tu masalah tak settle  

lahanat pemimpin2 malaysia.
Quote bored_atticus 10-1-2023 02:07 PM
yang kotor-kotor cenggini la selalu sedap hahaha
Quote arasham 10-1-2023 02:12 PM
Tong gas tu barang subsidi tu. Untunglah!!!
Quote JunkMail 10-1-2023 02:14 PM
Entah lah dekkk... Ramai sangat enabler dikalangan rakyat M'sia. Nak bising beriya pun tak guna.
Quote prettyuglybabe 10-1-2023 02:34 PM
nama pun rempeyek versi myanmar..
dah tentu yang beli bangsa dorang je..
good luck la pada owner rumah nak repair rumah tu..
berbaloi ke rm650 sebulan kalau nak repair mau belas puluh ribu jugak..
Quote Firenzza 10-1-2023 02:38 PM
Bukan ke dh 10 tahun duduk kt msua dh layak dpt PR? Huntonglah......rkyt sendiri kena byr segala mak bapak TAX, rohingok modal kad unhcr blh dpt brg subsidi, naik moto xde lesen xde roadtax
Quote Skuau 10-1-2023 02:38 PM
satu bentuk KEBODOHAN berlaku di tanah air....
Quote bulalof 10-1-2023 02:40 PM
gampangnya penguatkuasa yg langsung tak berkuasa terhadap parashit Rohingya ni.
Quote dani-rox 10-1-2023 02:40 PM
bg hukuman berat ke atas org tempatan yg bersekongkol dgn PATI nih
Quote jas7512 10-1-2023 02:43 PM
Org kita gak yg bodoh..nampak duit semua mata kelabu asap...napa sewakan rumah kat rohingya..siapa suh keje dgn rohingya..siapa suh beli yg rohingya jual...pastu bising..sdgkan in the 1st place klu kau x bg bantuan..igt mrk blh bersenang lenang ke kat cni..pegilah blk burma sana
Quote casper2022 10-1-2023 02:50 PM
kesian yg dh habis duit beli rumah kat situ. last2 kn berjiran dgn pati.
Quote noorhairiahma 10-1-2023 03:03 PM
pemilik rumah tu tak kisah pun penyewa rumah tu buat apa dekat rumah, asalkan ada yang menyewa. duit masuk tiap2 bulan.

amik kesempatan sungguh orang2 rohingya ni.
Quote nazurah 10-1-2023 03:31 PM
Kenapa pelarian ni tak duduk dalam kem pelarian. Zaman perang Vietnam sepulau bidong tu jadi kem
Quote syamzana 10-1-2023 03:43 PM
kat tombol pintu tu smpai itam berdaki
nak masak skala beso skalipun tak reti jaga kebersihan ke? atau depa rasa ni habis bersih dah??

tuan umah pun sggup bg sewa camni. jenuh nak repair balik umah tu.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064294 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top