Mas idayu bersyukur apabila suami kesayangannya yang juga merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, bukan seorang lelaki yang ‘kaki curang’.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @TV3Malaysia di laman TikToknya, Mas Idayu berkongsi kenyataan tersebut ketika menjadi juri bagi program realiti Famili Duo. Dalam video tersebut, pengacara bagi program tersebut iaitu Janna Nick mempersoalkan Mas Idayu sama ada memiliki cinta yang mencukupi atau tidak. Jawab Mas Idayu, dia bersyukur hanya bersyukur apabila suaminya seorang yang setia dan bukan seorang lelaki yang kaki curang. “Alhamdulilah, mummy dapat suami yang macam itu. Orang lain belum tentu bertuah. Untung Mummy dapat suami yang setia,” tulis TV3 Malaysia di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar mahligai Mas Idayu bersama suaminya kekal hingga ke jannah dan sentiasa bahagia bersama. |
sleepandream replied at 9-1-2023 07:29 PM
laki mami bukan helok mcm fattah amin pon...
birah2 pun tak taste kottt
ADVERTISEMENT