CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Panik Tengok Rumah Retak! Bandar Suci Di India Tenggelam Ditelan Bumi

10-1-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1087| Komen: 1

NEW DELHI – Pihak berkuasa di bandar antara paling suci di Banjaran Himalaya sebelah India memindahkan penduduk yang panik kelmarin selepas beratus-ratus kediaman mula menampakkan keretakan besar, kata beberapa pegawai.


Punca rumah beransur-ansur tenggelam di Joshimath, negeri Uttarakhand, utara India itu tidak jelas tetapi penduduk menyalahkan pembinaan jalan dan terowong untuk projek hidroelektrik berdekatan.

Perdana Menteri, Narendra Modi memanggil satu mesyuarat peringkat tinggi kelmarin untuk membincangkan masalah itu selepas kerajaan menubuhkan panel pakar untuk melakukan ‘kajian segera’ terhadap puncanya.


Foto:AFP

Pegawai tempatan, Himanshu Khurana memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 50 keluarga telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan dan lebih ramai lagi akan berpindah dari kediaman mereka yang kini tenggelam.


Beberapa penduduk sebaliknya berkata, lebih ramai orang telah meninggalkan kediaman masing-masing, manakala sekitar 600 kediaman dan hotel sedang tenggelam di bandar itu yang mempunyai sekitar 20,000 penduduk.

Seorang pegawai lain yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, sebilangan kawasan di bandar itu ‘dilabel tidak selamat’ dan kemasukan adalah dilarang.

“Orang ramai amat bimbang. Kebimbangan mereka adalah bandar ini tenggelam,” katanya.

Ramai penduduk tempatan terpaksa tidur di luar dalam cuaca amat sejuk dan berkata, mereka telah memberi amaran kepada pihak berkuasa selama berminggu-minggu, malah dalam sesetengah kes, beberapa bulan, mengenai keretakan pada bangunan dan jalan raya.

Seorang wanita, Vineeta Devi berkata, dinding-dinding rumahnya mulai retak pada Oktober tahun lalu dan dia bimbang kediaman tersebut akan tenggelam, sama seperti 25 buah rumah lain di kejiranannya.

“Kami bina rumah ini dengan pendapatan seumur hidup kami dan kini ia tiada,” kata seorang lagi penduduk, Sunaina.

Terletak sekitar 1,800 meter dari paras laut, Joshimath adalah pintu masuk ke sebilangan tempat suci agama Hindu di Banjaran Himalaya dan menarik kehadiran beribu-ribut penganut setiap tahun.

Pada Februari 2021, sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dalam banjir kilat di bandar Joshimath dan kawasan sekitarnya. Pakar-pakar menyalahkan pembangunan melampau sebagai puca bencana itu berlaku. – CARI

Sumber: Kosmo/ AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 11-1-2023 08:25 AM
banyak dosa ke tu tnggelam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068530 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top