“Rehat sekejap, penat kena buli.” Demikian perkongsian pelakon Kazar Saisi, juga bapa kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar.
Dipercayai hantaran dalam Instagramnya merujuk kepada situasi membabitkan pernikahan anaknya dengan pengarah kontroversi itu yang masih hangat diperkatakan. Hingga kini, pelakon dan penyanyi senior berusia 63 tahun itu belum pernah lagi membuka mulut berhubung perkahwinan anaknya walaupun telah dihubungi media. Sebagai ayah yang menjadi wali dalam pernikahan yang berlangsung di Thailand itu, namanya secara tidak langsung turut terheret dalam kontroversi berkenaan. Malah menerusi perkongsian sama, aktor berpengalaman hampir empat dekad dalam industri seni itu memaklumkan hanya akan bersuara apabila tiba masa yang tepat. “Jumpa anda pada hari yang baik nanti,” katanya lagi yang meletakkan latar hitam dalam hantaran tersebut. Menerusi perkongsian lain, Kazar memuat naik video ceramah tokoh agama terkenal, Mufti Menk yang bercakap mengenai cabaran dalam kehidupan. Tulisnya dalam ruangan kapsyen, perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri, bukan ditujukan untuk orang lain.
|
limesherbet: Edited by limesherbet at 10-1 ...
limesherbet replied at 10-1-2023 10:33 AM
Bagus...matang di situ. Daripada kata benda yang sakitkan hati org macam what yusof haslam & wife di ...
princessmiang replied at 10-1-2023 10:59 AM
Sedangkan pepek anak pun kau boleh bawak borak..sial bapak cmni
youell replied at 10-1-2023 11:19 AM
Matang pebenda nya.. setiap Kali post ig pun menganjing & memerli je..
ADVERTISEMENT