CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buka TikTok, Nampak Muka Sendiri, Nak Muntah,"-Fatin Afeefa Benci Orang Rakam Masa Live

10-1-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2868| Komen: 21

Perkongsian yang dimuat naik pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sering mencuri perhatian di media sosial.

Sejak berkahwin dengan usahawan jutawan itu, nama Fatin mula menjadi perhatian di media sosial.


Bagaimanapun, Fatin mengakui sudah mula jelak melihat video sendiri menjadi 'fyp (For Your Page) atau viral di TikTok.

Foto: IG

Malah, dia berharap netizen berhenti merakam dan memuat naik semula 'live' yang dibuatnya.

"Bagaimana saya hendak cakap pada orang, boleh tak padam video ini kerana saya sendiri yang melihat pun rasa seperti hendak muntah.

"Post saja video orang lain. Asalkan bukan saya di fyp. Saya juga sering membuka TikTok, balik-balik tengok wajah sendiri. Bukan apa, yang dimaki nanti saya. Ini kerana saya sendiri jarang 'live' di TikTok, namun ada yang merakam video berkenaan dan memuat naik semula," katanya.



Pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu berkata demikian ketika membuat siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Terdahulu, tular video suami pelakon itu mendedahkan ada seorang individu yang mendakwa Fatin memilih dirinya sebagai imam hanya kerana kekayaan yang dimiliki.

Menafikan spekulasi itu, Fatin berkata, Aliff bukan lelaki kaya yang pertama mendekati dirinya.


Katanya, dia jatuh hati dengan Aliff kerana wajah tampan dan kacak.

Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan itu pada majlis membabitkan keluarga dan rakan terdekat mereka pada 30 Disember lalu.



Majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup itu dihidu ramai selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memuat naik gambarnya menata rias pengantin di Instagram.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.




Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia dan Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 10-1-2023 02:34 PM
Menyampah sb xde filter ke cane?
Quote bulalof 10-1-2023 02:44 PM
alaaahhhhh.........nak org bercakap psl ko gak ke? sudahhhllaahhhhhhhhhhhhhhhhh.........
Quote Aneem 10-1-2023 03:03 PM
Yg kau menyembam kat totey laki separuh empuk kau tu, org rekod jugak ke?
Quote sofi_sofia 10-1-2023 04:17 PM
ok meols dah mula start meyampah dgn jantan perasan terpaling nih ... dah lah mulut mcm puaka .. blh plk pggl bini mcm binatang siap meow2! bini tu manusia mulia yg kau perlu hormatilah bangang .. pggl bini baik2 tak blh ke
Quote jijahjidinjudin 10-1-2023 04:41 PM
Dzahin_poch replied at 10-1-2023 02:34 PM
Menyampah sb xde filter ke cane?

Yer..dia kn fake...nk lawooo semua????????????
Quote jijahjidinjudin 10-1-2023 04:41 PM
Dzahin_poch replied at 10-1-2023 02:34 PM
Menyampah sb xde filter ke cane?

Yer..dia kn fake...nk lawooo semua
Quote hanasensei 10-1-2023 04:48 PM
jijahjidinjudin replied at 10-1-2023 04:41 PM
Yer..dia kn fake...nk lawooo semua????????????

Teringat msa tentang bulan.. belemoih mcm kita jer.. lpas tu kan dia bercinta dgn penkid.
Skali tgok dh besar makin cun.. makin cerah.
Tup tup bila dia berlakon drama apa ntah.. laa awat lain bebeno dgn gmbar kat insta..

Sama la juga dgn puteri aishah tu
Quote Dzahin_poch 10-1-2023 08:56 PM
jijahjidinjudin replied at 10-1-2023 04:41 PM
Yer..dia kn fake...nk lawooo semua????????????

Hahahahah tapi mmg lain sgt muka xde filter ????????????
Quote Dolmat 10-1-2023 09:52 PM
Harapkan filter takde filter muka kedai runcit maid2 Indon..
Quote slyfynx 10-1-2023 10:01 PM
Org lain lagi dah lama menyampah.
Sile x yah je up ape2.
Quote Rogue98 10-1-2023 10:18 PM
Childish nye husband dia. Patutlah Fatin cakap pilih laki dia sebab hensem dan Kaya. Tak sebut pun baik...bertanggungjawab ...beriman...ringan tulang...tak lama lagi gaduh lah ni.
Quote DeLuna85 11-1-2023 12:34 AM
Fatin tak sesuai la dengan lelaki ni. Patut cari yg lagi matang.
Quote LadyCarefree 11-1-2023 03:26 AM
Peliknya cara dia berinteraksi dengan anak2 tiri. Also pelik masakan, presentation serta pinggan2 tu semua. LOLLL
Quote bulalof 11-1-2023 07:44 AM
ramai yg berdiam diri sebenarnya menahan muntah terlihatkan ko di media sosial.

Quote aldilla_zahraa 11-1-2023 08:20 AM
Dzahin_poch replied at 10-1-2023 06:34 AM
Menyampah sb xde filter ke cane?

Kan korang selalu cakap dia buruk. Dia pun tau la org benci kat dia
Quote Dzahin_poch 11-1-2023 08:33 AM
DeLuna85 replied at 11-1-2023 12:34 AM
Fatin tak sesuai la dengan lelaki ni. Patut cari yg lagi matang.

Nampak childish sgt kan?
Quote Dzahin_poch 11-1-2023 08:34 AM
aldilla_zahraa replied at 11-1-2023 08:20 AM
Kan korang selalu cakap dia buruk. Dia pun tau la org benci kat dia

Mana ada i benci diaa. Hahahah x baik benci2 orang tau ????
Quote rosedemon 11-1-2023 08:34 AM
tgkla tahan bape lma dgn jntan cam bebudak ni
Quote DeLuna85 11-1-2023 09:14 PM
Dzahin_poch replied at 11-1-2023 08:33 AM
Nampak childish sgt kan?

Kan. Mcm kesian pun ada. Habis satu lelaki kena hadap satu lelaki ni pula.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.043213 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top