Kuala Lumpur: Seorang wanita meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Taman Sungai Besi, Cheras, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.48 petang tadi. "Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan Baru bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita berusia 19 tahun dalam keadaan terbaring di jalan berhampiran lobi kondominium terbabit. "Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras, di sini, yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zam Halim berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. "Keterangan waris mangsa dan saksi kejadian sudah diambil bagi membantu siasatan. "Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HCTM untuk proses bedah siasat," katanya. Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan Baru, Inspektor Khairul Asraf Abu Kasim di talian 03-79815053 atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan. -CARI Sumber: Harian Metro |
miszclassique replied at 10-1-2023 11:08 AM
Yihhhh ni lah risau booking apartment garden unit kt adelia bangi tu
Tak memasal keluar balkoni namp ...
VespaSilbe replied at 10-1-2023 02:03 PM
Nak p Bangi Wonderland ke tew
Adelia tu ada 3 swimming pool .. best oh
miszclassique replied at 10-1-2023 02:37 PM
I booking nk beli rumah situ uolsss sbb murah, projek baru nak naik... kualiti taktau la cemana, s ...
ADVERTISEMENT