CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktivis LGBTQ Mati Dikerat,Mata Dikorek, Mayat Disumbat Dalam Peti- Polis Tahan Lebih Ramai Suspek

10-1-2023 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2301| Komen: 16

NAIROBI – Polis Kenya menangkap lebih ramai suspek berhubung pembunuhan aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), Edwin Chiloba yang mana mayatnya yang telah dikerat-kerat, ditemui di dalam sebuah peti logam di tepi jalan, demikian menurut laporan media kelmarin.


Polis pada Jumaat lalu berkata, pihaknya telah menangkap seorang jurugambar bebas yang dikatakan sebagai sahabat lama mangsa. Chiloba, 25, merupakan aktivis utama dalam komuniti LGBTQ di Kenya di samping seorang model dan pereka fesyen.

Pada Sabtu lepas, tiga suspek lain ditahan kerana peranan mereka dalam membuang mayatnya.

Edwin Chiloba, Foto: AFP

Mayat Chiloba ditemui sekitar 40 kilometer di luar banda Eldoret, Lembah Rift selepas ia dilaporkan dicampak keluar daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.


Akhbar The Star melaporkan bahawa bedah siasat akan dilakukan semalam (waktu tempatan), manakala keluarga mangsa melakukan persiapan untuk pengebumian Sabtu ini.

“Dia mati secara menyakitkan. Mereka sudah tentu menyeksa dan kemudian mengorek keluar matanya. Dia kelihatan seperti dicekik,” kata seorang pegawai polis yang bertugas di Eldoret kepada media minggu lalu.

Ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Volker Turk berkata Sabtu lalu bahawa beliau sangat terkejut dengan kematian Chiloba.

“Berdiri dalam solidariti bersama-sama aktivis LGBTQ!+ di seluruh dunia. Keperluan mendesak untuk menggandakan usaha melindungi mereka,” katanya di Twitter. –CARI

Sumber: Kosmo/AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 10-1-2023 09:20 AM
ketika LGBT ini
belum mendonia begini
aku pernah baca satu risalah
kononnya
akan ada satu ketika
semua  LGBT ini
akan dinyahkan
sebagai hukuman
kerana melawan
ketetapan Tuhan
dan
para penghukum tersebut
dibiayai oleh sebuah
badan pertubuhan dunia

dan kini
aku sedang mengamati
sama ada
apa yang diramalkan itu
akan berlaku

Quote dewimalam78 10-1-2023 09:33 AM
Pertubuhan dunia atau elites ni motif utama adalah utk mengurangkan populasi dunia. Jadi bukan lgbt saja, extremist, berpenyakit dan sebagainya juga dalam misi mereka utk dihapuskan. Maka mcm2 virus dan vaksin kononnya diciptakan dan disebarkan.
Quote nononcrux 10-1-2023 10:37 AM
LGBT ni bukan fitra.. meraka tubuhkan sendri.. nafsu dunia kenapa perlu songsang kalau nikmat tu dicipta untuk jalan yg benar.. semoga yg masih ada terbuka hati kejalan yg lurus
Quote fealefea 10-1-2023 10:50 AM
x baik nak kate tapi golongan ni over k. nk hak yg mmg takde utk kau. pastu toilet nk pakai perempuan punya. pastu ade kes pompuan kene rogol dlm tandas. pehal la
Quote pekanwoohoo 10-1-2023 10:57 AM
Orang bukan marah LGBTQHD+ pasal sexual oriented diorang ni sangat, tapi lebih kepada perangai diorang yang terlalu vokal pasal ni. Rileks rileks sudah. Kau nak meliwat sesama sendiri tu kau punya pasal lah, tapi bila sibuk nak sebarkan doktrin tu sampai ke budak kecik semata-mata nak normalisasikan perbuatan luar tabii tu, tu yang bikin orang marah sangat. Lepas tu selalu play victim macam teraniaya.
Quote Dovahkiin 10-1-2023 11:11 AM
Kdg2 aku rasa media2 ni overhype geng2 LGHDTV ni mcm sengaja nak org makin benci dgn geng2 tu.
Quote _blackbird 10-1-2023 11:39 AM
lbgt+, feminist, vegan, peta & african american mmg golongan yg acah terpaling teraniaya.
Quote Sazreena 10-1-2023 01:19 PM
Mesti semasa hayatnya dia fefeeling slay kan...kat negara apreka hukum dia still extreme maka jgn la nak menggelenyor tunjuk orientation ko yg terang-terang menyalahi agama.
Quote matamata 10-1-2023 01:27 PM
Oppressed majority sampai satu masa akan bangkit... Let see how far diaorg punya vocal yang disokong pulak olh MSM.
Tahap trust terhadap MSM tgh teruk gila jatuh sekarang
Quote pooh~key 10-1-2023 01:29 PM
IMG_6056.GIF
Quote airfilterkotor 10-1-2023 02:26 PM
4K... 8K tak sebut kaa.
Quote JunkMail 10-1-2023 02:32 PM
lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ)


Queer tu maksudnya pelik ke? Seriuslahhhhh... Aku baru tau
Quote rosedemon 11-1-2023 08:19 AM
muka pon cam mulut hansuang je msti byk musuh
Quote rospinki 11-1-2023 08:25 AM
golongan ni sendiri yg membunuh sesama mereka kerana kalangan bersaing sesama mereka. mesti dalam diam nk bunuh sesapa geng yg over nyahhhh paling the vass gituhhh..tgk je kt youtube ada nyahhh yg buat operate sapa paling besar bibir sapa paling besar tetet bunton mcm temayan. gila makan diri.
Quote Dwdrum 11-1-2023 08:25 AM
Manusia buat kerja gila membunuh di sokong...pelik aku sadis manusia sekarang
Quote she 11-1-2023 10:41 AM
Semalam baru tengok kat YT

Soalan diajukan?
Kenapa bila manusia ada dua tiga identiti dalam fikiran
Dia digelar skizofrenia

Tapi

Bila manusia menganggap dia adalah jantina berbeza
Dia menukar identiti menjadi watak bertentangan
Dia tak pula didiagnos skizofrenia?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.137001 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top