CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makanan Kantin Naik Harga - 'Jangan Pula Menteri Pendidikan Cari Formula Ajaran Rafizi Ramli'

9-1-2023 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 771| Komen: 3

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa kerajaan tidak berusaha mengawal kenaikan harga makanan di kantin serta tambang bas sekolah.

Menerusi hantaran di Facebook, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa menerima aduan daripada ibu bapa mengenai kenaikan harga makanan sehingga mencecah 50 peratus.


FB Wan Saiful

“Semasa saya bertemu ibu bapa di Tasek Gelugor, saya dapati belum pun reda isu kenaikan tambang bas sekolah, sekarang ibu bapa dan murid terpaksa pula berdepan kenaikan harga makanan di kantin sekolah yang mencecah 50 peratus sejak sesi persekolahan dibuka pada Selasa lalu.

“Rungutan ibu bapa sudah kedengaran sejak bermulanya sesi persekolahan 2023 lagi tetapi belum ada apa-apa kenyatan dari menteri bertanggungjawab,” dakwanya.


Dalam pada itu, Wan Saiful mendakwa menteri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak kompeten menjaga nasib rakyat dan menyifatkan mereka gagal memahami denyut nadi kesusahan rakyat.

“Jangan pula lepas ini Menteri Pendidikan mencari formula asas tinggi ajaran Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi) bahawa kalau harga makanan kantin tinggi, maka ‘by right’ pelajar mesti kurangkan makan di kantin,” katanya sinis.

Dakwanya, harga roti canai dan nasi lemak masing-masing meningkat kepada RM1.50 berbanding RM1 pada tahun lalu.



Terdahulu, Free Malaysia Today melaporkan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Khairuddin Hamzah memaklumkan harga makanan di kantin sekolah meningkat sehingga 50 peratus pada sesi pembukaan sekolah yang bermula Selasa lalu, susulan peningkatan harga bahan mentah di pasaran.

Tambahnya, peningkatan harga itu bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat, selain beberapa bahan asas yang menyaksikan peningkatan mendadak.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MengkuduMasam 9-1-2023 11:31 PM
peningkatan harga ni suma chain effect dr harga makanan yg meningkat..

stakat nak kawal harga makanan kat sekolah, tapi punca awalnya x dibendung... xde mananya...

tp tu laa.. bile harga dah stabilize, xde pulak nak diturunkan harga makanan...
Quote CiliPadiSedap 10-1-2023 12:13 AM
MengkuduMasam: peningkatan harga ni suma chai ...


Peniaga end chain takkan dapat turunkan harga kalau pembekal masih kekal harga sama. Xboleh nak pukul rata.
Quote imransulaiman 10-1-2023 02:30 AM
Harga kantin sekolah bukan ke ikut harga tender yang dah ditetapkan?

Kantin sekolah adik aku harga kekal...tapi saiz/kuantiti menyusut. Kira ok lah...kita pun faham harga bahan mentah dah naik.

Macam mana lagi ibu bapa nak pengusaha kantin lakukan? Sepatutnya ibu bapa yang perlu lakukan sesuatu. Dah tau tambang bas dan harga makanan kantin naik, cubalah kaji semula perbelanjaan bulanan di rumah. Kot lah ada yang boleh dikurangkan demi pendidikan anak-anak...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030419 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top