Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, secara sinis membidas pimpinan dan ahli parti itu yang mengkritiknya selepas beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Beliau menyifatkan dirinya ibarat sedang memanjat tiang licin untuk menggamit bendera di atas sebagai simbolik kemenangan parti, namun pemimpin dan ahli UMNO sendiri bertindak menariknya supaya jatuh ke bawah. Tegasnya, situasi itu tidak berlaku dalam parti lain, yang turut berdepan situasi sama, yang mana pemimpin mereka turut dihadapkan ke mahkamah disebabkan 'pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih'. "Ada parti yang pemimpinnya diheret ke mahkamah atas pendakwaan terpilih atau pendakwaan politik, tapi tiada kalangan pemimpin dan ahlinya yang mengheret pemimpin itu daripada terus memanjat tiang licin.
Perang bendera bermula sebaik Parlimen dibubarkan, PBT tak ambil tindakan "Yang di bawah menarik orang di atas untuk menggamit tiang bendera sebagai tanda kemenangan. Tidak berlaku begitu (di luar UMNO dan BN). "Tapi, apa yang berlaku pada parti saya, tiang licin terlalu banyak, maka bendera tak dapat digamit," katanya pada program bual bicara Naratif Khas, yang disiarkan secara langsung di RTM1, malam ini. Sumber: BH
|
ADVERTISEMENT