Artis grafik dan aktivis, Fahmi Reza disoal siasat polis berhubung bengkel demokrasi anjurannya untuk pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang ketika kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beberapa pelajar USM disoal siasat sebulan lalu kerana menyertai bengkel itu yang diadakan pada November. Fahmi mendakwa seorang pegawai penyiasat memaklumkannya bahawa polis sudah mengambil keterangan semua saksi dan kemungkinan “tiada tindakan lanjut” diambil terhadap kes itu. Pada 7 Dis lalu, FMT melaporkan empat pelajar USM dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah George Town. Seorang pelajar dilaporkan berkata, polis bertanyakan kandungan yang diajar Fahmi dalam bengkel itu dan sama ada Fahmi “menghasut” pelajar untuk mengundi parti politik tertentu. Sumber: FMT
|
ADVERTISEMENT