Seorang buruh binaan warga Rohingya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan bulan lalu.
Tertuduh, Korimullah Abdu Rahman, 35, membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. Bagaimanapun, disebabkan tertuduh tidak memahami bahasa Malaysia, hakim menangguhkan kes tersebut bagi fakta dan hukuman apabila pihak pendakwaan memohon untuk mendapatkan jurubahasa Rohingya pada 31 Januari ini.
Jurubahasa diperlukan bagi memastikan tertuduh benar-benar memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya serta faham benttuk hukuman akibat pengakuan bersalahnya. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak berusia 12 tahun lapan bulan di Jalan Pulau Senang 3, Semabok Melaka pada 26 Disember lalu, kira-kira pukul 8.30 malam. Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT