CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

48 Peratus Rakyat Malaysia Tak Nak Pakai Pelitup Muka

9-1-2023 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2656| Komen: 68

Pada permulaan pandemik COVID-19 lebih dua tahun lalu, pemakaian pelitup muka menjadi antara keutamaan negara dalam mengelak penularan jangkitan virus itu.

Namun, dalam peralihan ke endemik dan ditambah pula dengan kejayaan program vaksinasi COVID-19, penguatkuasaan pemakaian pelitup muka mula dilonggarkan, namun masih digalakkan ketika ini.


Gambar hiasan/Kosmo

Dengan situasi semasa, pelbagai reaksi diberikan orang ramai terhadap isu berkenaan.

Hari ini kami meneruskan undian #SuaraMalaysia dengan bertanyakan pembaca Astro AWANI sama ada bersetuju atau sebaliknya agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Sehingga pukul 6.57 petang tadi, sebanyak 48 peratus daripada 3,986 responden #SuaraMalaysia tidak bersetuju agar pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di negara ini.

Sebanyak 46 peratus responden pula bersetuju agar pemakaian pelitup muka diteruskan manakala enam peratus lagi tidak kisah.


 
Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik ataranya merangkumi isu politik dan hal ehwal semasa buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu dan kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi di platform kami.

Kami juga menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-1-2023 10:27 PM
Pakai sebagai fesyen je.


Quote SalenaGomez 9-1-2023 10:32 PM
Edited by SalenaGomez at 9-1-2023 10:33 PM

Frankly, SG ok je pakai mask muka…disebabkan covid, pakai mask ni dah x jadi pelik… skrg pon dah jadi kebiasaan n oso kesedaran ramai org utk pakai mask kalau x sihat or pakai mask kalau rasa sekeliling udara x bersih

Dulu2 before covid, pakai mask ni masih x menjadi kebiasaan compared negara Jepun or tempat2 lain
Quote akies 9-1-2023 10:32 PM
Iols masih pakai nak lak kalau masuk shopping mall atau pasaraya
Quote mojarean_X 9-1-2023 10:33 PM
Opis iols masih strict ye pki face mask ni
Quote barto 9-1-2023 11:37 PM
48 persen ni la yang akan terpaling bising kalau kes naik mendadak pastu gomen kena enforce lockdown balik. Pastu nangis2 kata gomen kejam sebab tak dapat nak tengok parents meninggal. Apa la susah sangat pakai mask tu. Bukan ke fardu kifayah dalam islam kena jaga kesihatan diri dan sekeliling? Orang pakai seksi bukan main komen kondem. #donebebel
Quote dani-rox 9-1-2023 11:43 PM
ai masih pakai. dah jd kebiasaan sejak 2020 kan, sepatutnya takda isu pun.
Quote ina_na 9-1-2023 11:48 PM
Pakai sbb tgk ramai batuk dan bersin sana sini..lgpun sini Sama mcm pkp dl..lebih ramai pakai dr x pakai mask.. tp sbb anak SJKC mmg wajib pakai..X tau la SK mcm mn..anak yg sekolah menenggah pun pakai..tgk dia dan kawan2 pakai mcm2 jenis..biasa la budak br nk up.. hehehe
Quote CiliPadiSedap 10-1-2023 12:22 AM
Pakai jelah jgn sebab 48% baki lain kena lockdown dan xboleh rentas negeri. Lepas tu nak rentas kena cucuk vaksin

Orang yg ada urusan penting mmg perlu rentas negeri. Kalau kerajaan dh suruh tu pakai je.
Quote green~tea 10-1-2023 12:25 AM
Pakai sbb muka huduh
Quote ggxoxo 10-1-2023 12:29 AM
Masih pakai sebab dah biasa
Quote Kentot_Wangi 10-1-2023 12:30 AM
Ak masih lagi pakai ke mana2 shj ak pergi. Bile x pakai ak rasa jd pelik pulak. Sbb kdg2 ak kena ngadap kastemer. Yg mari duk bersin la, soksek2 hingus, batuk2.. Dorg mmg x cover dh. [em:11:]
Quote hyie 10-1-2023 12:48 AM
lately iols perasan makin ramai orang pakai mask yach, padehal sebelum ni aman2 je memasing tayang muka ala2 lepas geram versi post-covid. Iols masih malas nak pakai lagi. Tapi kan antara okt22-dec22, iols dah 3-4 kali demam uols...batuk2 dan selsema. Maybe sebab malas pakai mask kot, orang sekeliling pon asik2 batuk selsema je yihhh
Quote clarizsa 10-1-2023 12:50 AM
Eeeii i xmaula pakai fmask lagii
Rimasla rimas
I suka je skrg jalan2 xyah nk tutup hidung mulut
Xyah nk kena spray sanitizer tu
Quote FlexyFox 10-1-2023 12:54 AM

I tergelak besar. Lawak ! I pun pakai jua bila pergi shopping. Tapi baru ni, Cemas gila. Tgk suasana ok, mula la start pergi jemaah di masjid. Fikir dah nak dekat bulan puasa, kamipun dah 2 booster. Pergi masjid yg belum pernah pergi, I jadi org barulah. Terkejut I tetiba pompuan ni datang peluk, cium. Ayoooo!!! tak terkata apa. Tok arab ni payah kira lah.. I tgk derang Mixed jemaah lah..middle eastern, Indians, Bangladeshis semua pesen peluk cium. Now, I'm not sure nak pergi lagi ke tak.
Quote Perawankota 10-1-2023 02:48 AM
Aku masih lagi pakai, wlupon nak pi buang sampah kt rumah sampah yg tak smpi 60steps tu..
Kalau kt tren Station, especially Station2 besar, ada polis bantuan yg tengok passenger2 yg tak pakai face mask, dorg suh pakai time tu jugak..
Quote zuuu 10-1-2023 03:11 AM
Pakai jelah mask tu,xkan nak tinggu kes positif covid 19 naik mendadak baru nak cari mask,dh kerajaan pon nk bukak pintu sempadan lagi,pandai2 la jaga diri sendiri
Quote dakewa 10-1-2023 06:32 AM
Aku tak pakai dah sbb kalau kupakai mask jewarat ku berkumpol di dagu dgn meriahnye
Quote Suchi 10-1-2023 06:39 AM
Tempat ramai deru derang org mcm shopping mall still pakai.
Dlm umah pun kadang2 pakai time nak ngemas ke apa sbb iols alah ngn habuk.
Kang mula la bersin tak berenti, mata berair pastu tiba cam nak demam.
Quote beautifulorchid 10-1-2023 08:57 AM
bukan tak nak pakai..tapi selalu terlupa sekarang ni

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.060200 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top