Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong mengkritik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu kerana didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan.
Ini susulan tinjauan Mohamad ke ladang pengeluaran telur di Tamil Nadu, India untuk melihat sendiri proses pengeluaran telur yang diimport ke Malaysia. Presiden MCA itu meminta Mohamad mengutamakan penternak tempatan dan mencadangkan agar menteri itu datang ke Ayer Hitam bagi melawat kawasan pengeluaran telur di situ. Wee mendakwa penternak tempatan kerugian berikutan kos pengeluaran lebih tinggi berbanding harga telur yang dijual iaitu 41 sen sebiji akibat kawalan harga.
Dia sebaliknya mencadangkan harga telur tempatan dinaikkan sama seperti telur yang diimport dari India, yang berharga 51 sen sebiji. Wee menambah, tiada keperluan untuk mengimport telur dari India sekiranya bekalan telur tempatan mencukupi. Pada Disember tahun lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan langkah mengimport telur dari India sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi di negara ini pada harga yang kompetitif. Ini berikutan pengguna menghadapi kesukaran mendapatkan telur di beberapa negeri. Berita Harian melaporkan telur dari India itu akan diimport melalui jalan laut bagi menurunkan harga dan bersaing dengan harga telur tempatan. Dia juga mengatakan kontena penghawa dingin disediakan bagi memastikan kualiti telur dalam keadaan baik. Bagaimanapun Wee mempersoalkan kesegaran telur import berkenaan memandangkan pengangkutan laut dari India akan mengambil masa tiga hingga empat minggu. Sumber: MalaysiaKini
|
rukia2 replied at 9-1-2023 10:07 PM
Wee ka song ni BN kan.. Bukan BN&PH dah geng?
rukia2 replied at 9-1-2023 10:07 PM
Wee ka song ni BN kan.. Bukan BN&PH dah geng?
TOPwind replied at 10-1-2023 05:39 AM
tapi darah Cina tetap ada dan satu sekolah dgn DAP
Babi tetap babi tak sama dgn Ayam
Suchi replied at 10-1-2023 06:32 AM
Iols selalu keliru dia nih dgn yg parlimen bentong tu(tp kalah ngn yong tu)
Dedua ni pun fasih BM
Suchi replied at 10-1-2023 06:32 AM
Iols selalu keliru dia nih dgn yg parlimen bentong tu(tp kalah ngn yong tu)
Dedua ni pun fasih BM
venom1 replied at 10-1-2023 07:38 AM
BN Bentong tu Tan Sri Liow Tiong Lai. Fasih berbahasa Melayu.
supernaturalee replied at 10-1-2023 08:00 AM
yg tu liow tiong lai
pnh jd menteri kkm
beautifulorchid replied at 10-1-2023 08:56 AM
Rafizi tak keluarkan formula telor ke?
ADVERTISEMENT