CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kementerian Perpaduan Negara Cadang 'Ini Malaysia Kita' Sebagai Slogan Baru

9-1-2023 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 733| Komen: 13

Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan supaya “Ini Malaysia Kita” sebagai slogan baharu yang disifatkan lebih menggambarkan semangat patriotik rakyat di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, malah dengan slogan “Ini Malaysia Kita” lebih membawa kepada keamanan, kegembiraan, kesejahteraan dan bersama membanteras gejala yang merosakkan masyarakat seperti dadah dan pelbagai jenayah lain.

“Kita akan mengemukakan cadangan slogan baharu ini kepada Kabinet,” katanya kepada media selepas majlis Perjumpaan dan Amanat Menteri Perpaduan Negara Peringkat Negeri Perlis dan Kedah di Dewan 2020, Kangar hari ini.


Suara Merdeka

Hampir 700 orang warga Kementerian yang terdiri daripada warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi negeri Perlis dan Kedah telah hadir ke majlis tersebut.


Aaron berkata, hasil Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 bersama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan pencapaian pada nilai 0.629 di mana membawa maksud kesepaduan nasional negara ini berada pada tahap sederhana dan terkawal.

Katanya, pelaksanaan Kajian IPNas ini selaras dengan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Bidang Keutamaan E Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Kajian IPNas 2.0 ini untuk mengukur tahap perpaduan dan keharmonian negara bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Berikutan itu, katanya, daripada kajian ini akan dicadangkan satu pelan tindakan bagi meningkatkan tahap perpaduan di Malaysia,” katanya. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 9-1-2023 09:58 PM
ko tukar la slogan ape2 pun…kau ingat boleh bawak perubahan ke pd hidup rakyat….
Quote Solokkk 9-1-2023 10:02 PM
Ini Malaysia Kita, tapi bahasa Malaysia ke laut dlm .
Quote kasibiman 9-1-2023 10:02 PM
Dasar gila publisiti.

Kau secure cabinet approval pastu pegi la masuk bakul 4 Kali sehari Pon.


Mengong.

Quote sharlenetexas 9-1-2023 10:03 PM
Malaysia aku punya.
Keluarga Malaysia pakmail dah takde jadi sejarah.


Quote akies 9-1-2023 10:24 PM
Takde unsur2 perpaduan pon dlm slogan baru tu
Quote haruslah 9-1-2023 10:29 PM
Tukar slogan
Tukar slogan surat rasmi
Tukar nama kementerian
Tukar itu ini
Paling senang dpt job

Tender papan iklan...tender letterhead...job masyukkkk
Tu jer level menteri malaysia

Cukup penggal, kalah pun xpe
Dpt pencen sampai mati
Kerani gomen keja puluh tahun, pencen dpt la 2k
Quote cmf_jeangrey 9-1-2023 10:44 PM
haruslah replied at 9-1-2023 10:29 PM
Tukar slogan
Tukar slogan surat rasmi
Tukar nama kementerian

Idea2 bodoh ni mmg byk kos...x boleh ke teruskan apa yg ada...nak tambahbaik tak semestinya tukar...tu blm lagi sistem pendidikan, tax etc...kejap ada kejap xde...then ada balik




Quote adm7 9-1-2023 10:52 PM
haruslah replied at 9-1-2023 10:29 PM
Tukar slogan
Tukar slogan surat rasmi
Tukar nama kementerian

Yes masyukkk.
Macai bodoh dapat apa ntah pergi demonstrasi, pergi ceramah politik.
Bila suruh hapuskan pencen politik pandai pullak kata tak munasabah. Yang cacai malu2 alang nak bantah idola
Quote cranell 10-1-2023 03:00 AM
pi dekat rohingya cakap, ni malaysia kita.
Quote Suchi 10-1-2023 06:51 AM
Wawasan 2020 laaa
Quote Solokkk 10-1-2023 07:26 AM
Ini jer level menteri Pak Non idol terpaling yg diclaim pandai  genius oleh cai2 batak panatik teformasi self-claim terpaling pandai acah2 keturunan urban liberal berkerak .
Quote stingergrumpy 10-1-2023 07:29 AM
Aku lebih prefer, berteraskheun prinsip pada perlembagaan...Ini malaysia, melayu yg punya......

Quote ultra78 10-1-2023 07:37 AM
Berslogan bagai tapi rakyat duk berpecah dan berkasta B40,M40,T20.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.071543 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top