CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPDN Keluar Notis Kepada Peruncit Kenakan Caj Tambahan Penjualan Telur

9-1-2023 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 634| Komen: 5

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah mengeluarkan dua notis kepada peruncit berhubung caj tambahan dikenakan ke atas penjualan telur ayam di sekitar daerah Kubang Pasu, pada Isnin.


Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu telah menjalankan siasatan berkaitan aduan pengguna yang tular di media sosial berhubung caj tambahan itu.

Beliau berkata, pihaknya mendapati peruncit mendapat bekalan telur ayam daripada luar daerah Kubang Pasu iaitu di Pulau Pinang dan Alor Setar.


Anggota penguatkuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu menunjukkan nota caj tambahan dikenakan peruncit di sebuah premis di Kubang Pasu pada Isnin. - Foto KPDN Kedah


"Hasil siasatan lanjut ke atas invois belian mendapati pihak pembekal telah mengenakan caj tambahan iaitu kos pengangkutan dan kos pengendalian antara RM0.90 hingga RM3.00 bagi setiap papan telur menyebabkan pihak peruncit terpaksa menanggung kos tersebut.

"Susulan itu, peruncit terpaksa menanggung kos yang tinggi menyebabkan terpaksa mengenakan kos tersebut kepada pembeli," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, KPDN Kedah mengeluarkan dua notis terbabit di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan.

"Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya.

Beliau menjelaskan, penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam masih berkuatkuasa pelaksanaannya bermula 12 Oktober lalu dan akan diteruskan hingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

"Pelaksanaan kawalan di bawah akta ini membolehkan kawalan harga dilakukan ke atas barangan harga terkawal bagi semua peringkat iaitu pengeluaran, pemborongan dan peruncitan ke atas telur gred A, B dan C.

"Justeru, kerjasama pengguna diperlukan untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang disediakan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan,: ujar beliau.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan itu melalui talian bebas tol 1-800-886-800, hubungi Pusat Arahan Penguatkuasaan di talian 03 8882 6088 / 6245, aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000 atau secara atas talian http://eaduan.kpdn.gov.my.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 9-1-2023 09:58 PM
Affendi Rajini Kanth

Wow nama!

Quote sharlenetexas 9-1-2023 09:59 PM
Bila nak settle pasal telur.

Quote sharlenetexas 9-1-2023 10:00 PM
Bila gst nnt, telur barang kawalan kena gst gak ke?

Dedulu pun bila kredit top up kena gst, punyalah liat nak settle. Dia punya pusing dengan ayat perlukan mekanisma bla bla bla.




Quote Perawankota 10-1-2023 02:50 AM
Smlm beli telur rm9. Tapi kenapa telur skang mahal tapi kotor..
Quote rospinki 10-1-2023 04:32 AM
Baik merepot je lah kpdnehhek ni..tkde function pon. Rega telo sama jah. Rega ayam pon statik kt 9.50 ke 9.90 ! Ofc ramai2 staff tu biat apa je siap bejaket tapi tak function. Mana cadangan guna apps mysejahtera utk harga warganegara. Pendatang asing biarlah mereka byr harga lebih. Lemah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.127665 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top