Mampu berkereta mewah tetapi enggan bayar tol. Namun ibarat sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kelicikan pemandu sebuah kereta Mercedes-Benz A-Class yang sudah 45 kali mengelak membayar tol ketika melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akhirnya ditahan.
PROLINTAS dalam perkongsian di media sosial, memaklumkan pemandu wanita terbabit dikesan culas membayar tol sehingga kini tertunggak sebanyak RM275.65. Menurut pengendali akaun Twitter PROLINTAS, wanita itu bagaimanapun menyelesaikan semua tunggakan berkenaan serta-merta. Justeru, semua pemandu diingatkan supaya tidak meniru aksi tidak bermoral itu kerana ia bukan sahaja dianggap menceroboh, malah membahayakan kenderaan lain. Sementara itu, beberapa pengguna Twitter mencadangkan supaya PROLINTAS mengenakan bayaran berganda kepada pemandu yang culas membayar tol. Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT