CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umur Persaraan Hakim Disaran Dinaikkan Kepada 75 Atau 80 Tahun

9-1-2023 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1325| Komen: 23

Majlis Peguam hari ini mencadangkan supaya umur persaraan hakim dinaikkan kepada 70 tahun berbanding had umur 65 tahun sekarang.

Presidennya Karen Cheah Yee Lynn berkata sudah banyak bidang kuasa di seluruh dunia telah menetapkan umur persaraan hakim pada usia 70 tahun.



Presiden Majlis Peguam Karen Cheah Yee Lynn berkata sudah banyak bidang kuasa di seluruh dunia telah menetapkan umur persaraan hakim pada usia 70 tahun. - Gambar fail Awani

"Malah, di beberapa negara, terdapat cadangan supaya umur persaraan dinaikkan kepada 75 atau 80 tahun.

"Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan membuat pindaan Perlembagaan untuk memberi kesan kepada pembaharuan penting ini," kata Cheah dalam ucapannya pada perasmian Tahun Undang-undang 2023, di sini hari ini.


Terdahulu, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika berucap pada majlis yang sama, menegaskan beliau akan bersara pada 2025.

Dalam perkembangan lain, Cheah menggesa kerajaan bekerjasama dengan Lembaga Pengampunan bagi memastikan lebih 1,300 orang yang disabitkan kesalahan yang sedang menunggu hukuman mati juga dikecualikan daripada hukuman mati.

Beliau berkata banduan ini tidak sepatutnya dibiarkan terkurung di dalam penjara tanpa mengetahui tentang nasib mereka. Pada masa ini, terdapat moratorium pelaksanaan hukuman mati terhadap banduan.

"Ia adalah cara yang tidak berperikemanusiaan melayan banduan yang dikenakan hukum mati," katanya.

Cheah juga berkata ketika Malaysia maju secara demokrasi, ia mesti beralih daripada membunuh orang atas nama keadilan.

Beliau berkata banduan ini layak mendapat perlindungan asas.

"Oleh itu, kami mengalu-alukan pengumuman bahawa hukuman mati mandatori akan dimansuhkan berkaitan 11 kesalahan yang membawa hukuman sedemikian, dengan budi bicara untuk mengembalikan hukuman kepada domain kehakiman yang tidak terikat," katanya.

Sementara itu, Cheah berkata setakat November tahun lepas, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau YBGK telah membantu 222,361 rakyat Malaysia.

Ditubuhkan pada 2012, dengan bantuan kerajaan yang telah menyediakan RM5 juta untuk memulakan program itu.

Di bawah skim itu, peguam membantu golongan miskin dan memerlukan dengan mewakili mereka dalam kes yang melibatkan tangkapan, reman, pengurangan hukuman dan jaminan, perbicaraan serta rayuan.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 9-1-2023 10:59 PM
Alang2 tu naikan usia persaraan ke 100 tahun.
Terus dpt anugerah jubli emas
Quote krustykrab 9-1-2023 11:21 PM
Tak nyanyuk ke masa nk buat decision?
Quote syamzana 9-1-2023 11:24 PM
baik naikkan umur persaraan smpai mati je
Quote sharlenetexas 9-1-2023 11:32 PM
Hingga umur jubli berlian.

Quote wikedsaikel 10-1-2023 03:35 PM
krustykrab replied at 9-1-2023 11:21 PM
Tak nyanyuk ke masa nk buat decision?

Age shaming tak kalau aku cakap nanti tengah tengah bicara lupa nama defendant.
Quote ais_kosong 10-1-2023 03:39 PM
Habis orang-orang muda nak kena ngangur sampai umur berapa?
Bagi peluang dekat orang muda pula. 55 tu dah sesuai dah untuk pencen.
Quote krustykrab 10-1-2023 03:43 PM
wikedsaikel replied at 10-1-2023 03:35 PM
Age shaming tak kalau aku cakap nanti tengah tengah bicara lupa nama defendant.

Oh skrg ni mcm² shaming ye.
Iols ingatkn body shaming je.
Quote gekkou 10-1-2023 03:47 PM
wahhh..
kepuk2 dia punya pencen
Quote card_reader 10-1-2023 03:59 PM
buat je kerja sampai mati,
Quote TOPwind 10-1-2023 04:13 PM
krustykrab replied at 9-1-2023 11:21 PM
Tak nyanyuk ke masa nk buat decision?

pasaal $$$ masuk nyanyok  nyet berkurangan LAH
Quote ciksom 10-1-2023 11:25 PM
Kalau dah bunuh orang hukuman dia patutla bunuh balik.nyawa dibayar dgn nyawa. Kenapa pula tidak berperkemanusiaan.? Dah bunuh org tu baik sangat ke. Mcm bela org jahat pula. Patutla ramai nak jadi jahat. Jadi jahat dibela.kalau jadi mangsa lantak kaulah. Kecuali kau golongan tinggi.baru org nak tolOng.
Quote green~tea 10-1-2023 11:36 PM
Gilossss... hidup menongkat langit ke...

Apa ke takde generasi pelapis sampai ko rasa ko sorang je layak keje jadi hakim sampai umur kuburan
Quote green~tea 10-1-2023 11:37 PM
ais_kosong replied at 10-1-2023 03:39 PM
Habis orang-orang muda nak kena ngangur sampai umur berapa?
Bagi peluang dekat orang muda pula. 55 t ...

Tu la pasal... sejenis tamak haloba tua bangka pun pikir tembolok sendiri je tak kesian generasi pelapis
Quote dua_chzy 10-1-2023 11:51 PM
Gila kuasa gila harta gila nama semua gila
Quote Rogue98 11-1-2023 02:08 AM
Tak payahlah....baru setengah jam dah tidur
Quote namr 11-1-2023 02:22 AM
kasi cukup 100je lah
Quote anony-mous 11-1-2023 02:47 AM
Mcm tu i doakn hakim2 di negara ni ajal umur 65 choose la nak mati 65 atau bersara 65
Quote anony-mous 11-1-2023 02:49 AM
ciksom replied at 10-1-2023 11:25 PM
Kalau dah bunuh orang hukuman dia patutla bunuh balik.nyawa dibayar dgn nyawa. Kenapa pula tidak ber ...

Kwn i pernah jawab sbb hak asasi manusia. Pdhal kita ni milik tuhan
Quote ciksom 11-1-2023 05:35 AM
anony-mous replied at 11-1-2023 02:49 AM
Kwn i pernah jawab sbb hak asasi manusia. Pdhal kita ni milik tuhan

Hak asasi mangsa macam mana pula. Kalau la pembunuh tu dilepaskan lepas 10 tahun.dendam dia tak habis tak ke bahaya ahli keluarga mangsa yg ada kaitan?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049413 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top