CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aksi Biadab Dua Lelaki Campak, Selit Duit Pada Tudung Wanita Sedang Mengaji Al-Quran

9-1-2023 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1264| Komen: 10

Sebuah video tular di media sosial Indonesia mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana memaparkan aksi dua lelaki melempar wang ke arah seorang wanita yang sedang membaca kitab suci al-Quran, lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan klip video tersebut, seorang qariah dilihat sedang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran di atas pentas dalam satu majlis.

Seorang lelaki memakai kopiah, berkemeja gelap dan berkain pelekat naik ke atas pentas lalu melempar beberapa keping wang kertas ke arah kepala qariah yang dikenali sebagai Nadia Hawasy itu.



Tindakannya diikuti oleh seorang lagi lelaki yang turut menyisipkan wang kertas pada tudung Nadia.

Meskipun jelas kelihatan tidak selesa dengan tindakan tersebut, Nadia meneruskan bacaannya dengan tenang sehingga habis.


Menurut Nadia, dia diundang ke majlis tersebut untuk mengalunkan bacaan al-Quran, namun mengakui berasa marah dan kesal dengan tindakan kedua-dua lelaki berkenaan.

“Ketika saya disawer (dihujani dengan wang), saya masih belum selesai mengaji. Mustahil untuk saya menegur mereka atau menghentikan pembacaan dan turun dari pentas kerana ia termasuk dalam adab membaca al-Quran.

“Namun, saya amat marah dan kesal atas perbuatan itu,” ujarnya.

Insiden itu turut mendapat perhatian Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang menyifatkan perbuatan dua lelaki tersebut sebagai biadab.

“Tindakan tersebut adalah haram dan melanggar norma-norma. Hentikan majlis dan tindakan seperti itu,” kata Pengerusi MUI, Cholil Nafis. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 9-1-2023 07:19 PM
Pe'el konsert dangdut..terbawa2 kat program agama..lahabau.
Quote SalenaGomez 9-1-2023 07:49 PM
Pelik2 je perangai negara friskis  ni…tolong jgn bawak ke sini ya
Quote che-cikL 9-1-2023 07:54 PM
Dulu tengok cerita2 Indon, selit2 duit kat kemban perempuan ronggeng je. Ni, kurang ajar betul buat kat org tengah mengaji Quran.
Quote Kentot_Wangi 10-1-2023 12:37 AM
Tak pernah tak "unik" dorang ni...
Quote I.K.A888990 10-1-2023 01:11 AM
ketua agama negara snatak de yg tegur ke
tgk pelik2 je ajaran depa. tah la
Quote ultra78 10-1-2023 01:31 AM
Satu aje explanation: Indonesia

Quote liyamariska 10-1-2023 01:52 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote TOPwind 10-1-2023 05:46 AM
ala duit indon setebal roti burger tak sampai pun 5 enggit


belagak je lebih
Quote sukacactus 10-1-2023 05:50 AM
Ish3 pelik2 je peel diorang ni
Quote rosedemon 10-1-2023 08:22 AM
cam budus yindonjongos

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.161932 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top