CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Dan Isteri Suka Anak Ramai,"Anak Ke-11 Bangga Ada 11 Orang Zuriat

9-1-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3514| Komen: 44

Ipoh: "Ramai juga salah sangka ingat saya ada lebih seorang isteri kerana ada ramai anak, tetapi hakikatnya saya tidak berkahwin lebih daripada satu," kata pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie.


Shamsuri, 38, antara insan bertuah kerana dikurniakan 11 cahaya mata iaitu enam lelaki dan lima perempuan dengan anak sulung berusia 17 tahun, manakala anak bongsu berusia setahun selepas berkahwin dengan isteri, Rosnaida Ismail, 36, sejak 2005.

Menurut Shamsuri, dia bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai dan menganggapnya sebagai rezeki daripada Allah SWT.


Foto: Harian Metro

"Saya dan isteri berkahwin kira-kira 18 tahun lalu ketika sedang menuntut di universiti. Nawaitu (niat) kami kahwin kerana Allah, jadi syukur sangat dengan rezeki Allah bagi iaitu ada anak ramai yang jaraknya selang setahun serta dua tahun.


"Saya memang suka anak ramai. Ia kerana adik-beradik saya pun ramai, 13 orang semuanya dan saya anak ke-11.

"Isteri pula okey dan kiranya kami satu kepala suka anak ramai. Lagipun, isteri ada tiga beradik saja," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Shamsuri berkata, memiliki anak ramai membuatkannya bekerja lebih keras bagi memastikan keperluan dan kebajikan anak terbela.

Sebagai bapa, Shamsuri seboleh mungkin memikul amanah dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

"Bukan senang ada anak ramai kerana 11 orang ada 11 perangai berbeza. Banyak juga perkara perlu difikirkan termasuk yuran persekolahan kerana ada lapan masih bersekolah dan semuanya perlukan kos.

"Anak ramai perlukan tahap kesabaran dan kekuatan tinggi, tetapi alhamdulillah dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan untuk dijaga dari kecil sampai sekarang.

"Ia hasil bantuan isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa dan anak yang besar bantu uruskan adik mereka," katanya.

Shamsuri berkata, waktu paling menyeronokkan adalah ketika membuat persiapan Aidilfitri buat 11 anaknya dan setiap kali keluar bersama mereka.

"Memang meriah apabila nak raya walaupun kos perbelanjaan saya berbeza dengan orang yang ada anak dua atau tiga.

"Sebelum puasa lagi, saya dan isteri sudah buat persiapan beli pakaian untuk anak kerana bimbang tidak sempat jika dilakukan pada saat akhir.

"Setiap tahun, saya belikan mereka pakaian baharu kerana tak sampai hati beri pakai baju yang sama dan bila kami keluar contohnya turun dari kereta untuk ke kedai makan, memang banyak mata memandang.

"Apa-apa pun, bukan itu saja dititikberatkan semata-mata kerana saya cuba didik mereka dengan hantar kesemuanya ke sekolah agama supaya yang penting adalah asas agama," katanya.

Shamsuri berkata, dia tidak menyangka perkongsian video di TikTok mendapat perhatian ramai warganet.

"Ikutkan, saya tidak aktif di TikTok jadi tak sangka ramai menonton video dimuat naik. Niat saya sebenarnya nak bagi semangat kepada orang lain supaya jangan malu ada anak ramai kerana segelintirnya begitu.

"Bukan niat saya untuk menyinggung, melukakan hati atau menunjuk-nunjuk kepada mereka yang tiada anak kerana zuriat itu milik Allah, bukan kita.

"Kita rancang macam mana sekalipun, kalau Allah nak bagi, Dia bagi dan saya bersama isteri cuma berusaha untuk ramaikan lagi umat Nabi Muhammad," katanya.

Sementara itu, Rosnaida menganggap pengalaman melahirkan 11 cahaya mata adalah perkara normal bagi setiap wanita yang bergelar ibu.

"Alhamdulillah, setakat ini kelahiran anak semuanya normal dan dipermudahkan Allah. Bahkan semua kelahiran awal dari tarikh sepatutnya.

"Perasaan setiap kali melahirkan anak masih sama iaitu teruja, sama saja daripada yang sulung sampai bongsu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 9-1-2023 06:27 PM
Pasangan ni pandai jaga anak2.. nmpak wangi semua. Isteri pun masih cantik walau dah beranak ramai.

Quote orkidorkido 9-1-2023 07:07 PM
Kalau mampu, sihat terjaga semua alhamdulillah. Takde salah pun anak ramai.
Quote hanihan16 9-1-2023 08:24 PM
kalau keluar maknanya kena bawak 2 kereta la ye
Quote faraway1 9-1-2023 08:39 PM
Untunglah sebab sorang anak pun terkejar dengan sekolah, after school aktiviti...
Quote fazamania 9-1-2023 08:40 PM
Ingatkan Asiah Jalil tadim
Quote Suchi 9-1-2023 09:10 PM
Anak2 dia ada bilik ser sorang ke?

Quote akies 9-1-2023 10:29 PM
rumahnya ada berapa bilik?
Lepas tu kalau keluar serentak 11org + suami isteri tu naik kenderaan jenis apa?
Berlainan kenderaan?
Quote haruslah 9-1-2023 10:34 PM
Mesti naik van ni
Xpun sparuh naik bas
Meriah nye anak ramai
Skrg kalo 4org pon da rasa ramai
Quote shernazz 9-1-2023 10:41 PM
Kos sekolah n raya mmg tinggi
Hoho..tp kalau jaga anak elok..suami tolong sama sama..okay je...
Meriah oo..
Quote MisXoXo 9-1-2023 11:00 PM
Ank2 asiah jalil pun xlah comot.dahlah tu..bijak juga
Quote Potpouri 9-1-2023 11:51 PM
Belum 40 boleh tambah lagi tu
Quote matjerk 9-1-2023 11:58 PM
Jgn jadi mcm AJ. Selalu potray dia lah terpaling ibu.  Tapi salah sorang anak dia.. (yg sulong kot) buat video.. my 1st goal is i want to get away from this house...i want to find happiness.. to find peace.. nampak sgt kacau bilau dlm rumah tu. Hhahaha

https://m.facebook.com/100001564414911/posts/pfbid02m9WYsFrSMwcBBpFuo9wT767hWkPSidtw2CPMTshDyDaK18LjknLSe36hsqYsUH6il/?mibextid=Nif5oz
Quote whimsicalmusic 10-1-2023 12:08 AM
matjerk: Jgn jadi mcm AJ. Selalu potray ...
yelah..sape je suka life kena jd aid utk jaga adik2, lg2 kalo mak ko keje beranak je..byk adik kecik nk tlg jaga..kalo aku pn nk mntk tlg anak aku sulung tgk adik dia pn kdg2 serba salah. tp aku sedapkan hati la tanggungjwb die jugak haha. cuma xkerap la
Quote anony-mous 10-1-2023 12:59 AM
Wow wife heols nmpk muda walaupon beranak 11. Mesti berduit juga ni
Quote anony-mous 10-1-2023 01:01 AM
I baca heols ank ke 11 dari 13 org adk beradik. Patut la suka n xkisah ank ramai. Cer klau ank 1 @ 3 dari 13 siblings, nescaya ko nk ank sikit je
Quote I.K.A888990 10-1-2023 01:12 AM
selagi mampu ye tak. nak 100 pn xpe
Quote sukacactus 10-1-2023 06:03 AM
Kalau mampu, sihat mental & fizikal, go ahead
Yg parents suka je kot
Tp cer tya ank2, mesti ada yg xsuka ramai2 gitu
Quote lattehazelnut 10-1-2023 06:38 AM
Kalau mampu n jgn komplen mintak bantuan ok la..
Quote kitmal 10-1-2023 07:10 AM
Selagi mampu dan jaga anak dengan sempurna...tahniah...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.144476 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top