Siapa sangka seorang lelaki sanggup membakar bekas isterinya hidup-hidup kerana cemburu. Lelaki berusia 44 tahun itu nekad membakar bekas isteri yang didakwa baru bercerai angkara pihak ketiga.
Selain bekas isteri, kekasih mangsa turut dibakar. Kejadian berlaku di Pejagalan, Penjaringan di Jakarta Utara, Indonesia. Ketua Polis Daerah Metro Penjaringan, Kompol M Probandono Bobby berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam, pada 4 Januar lalu. Menurutnya, bekas isterinya cedera parah, manakala kekasih mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Suspek cemburu dan berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Suspek dan lelaki berkenaan pernah merebut untuk mendapatkan isterinya semasa belum berkahwin dengan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Menurut Bobby, suspek berdepan dengan hukuman maksimum iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup. - CARI Sumber: mStar/Oke News
|
ADVERTISEMENT