CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja 16 Jam Sehari, Dipukul, Tak Cukup Makan Dan Tidur- Anak Lelaki Disorok Sindiket Pemerdagangan Manusia Di Myanmar

9-1-2023 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 800| Komen: 1

Kuantan: Seorang ibu berharap anak lelakinya yang hilang dipercayai disorok sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar dapat segera dibawa pulang.

Ng San, 46, berkata, anak lelakinya berusia 18 tahun disembunyikan sindiket berkenaan sejak setahun lalu dan kali terakhir mereka berhubung pada hujung tahun lalu.

"Dia (mangsa) memberitahu dipaksa bekerja selama 16 jam sehari dan juga akan dipukul sekiranya tidak mencapai sasaran kerjanya selain tidak cukup makan dan tidur.

"Dia meminta bantuan namun kami buntu bagaimana mahu menyelamatkannya," katanya dalam video yang dikongsikan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang, di sini, hari ini.


Ng San bersedih ketika menceritakan mengenai kehilangan anaknya sambil ditemani Sim Chon Siang (kiri) Foto: Harian Metro


San berkata, kini bapanya dalam keadaan sakit tenat dan sering merindui cucunya itu selain berharap anak lelakinya itu sempat menemui datuknya.

Sementara itu, Chon Siang berkata, mangsa adalah antara kumpulan rakyat Malaysia yang cuba dibawa pulang sebelum ini namun hanya empat individu daripada kumpulan berkenaan berjaya diselamatkan.

"Mangsa dan beberapa lagi individu disembunyikan sindiket berkenaan sebelum berjaya diselamatkan.

"Hanya empat mangsa berjaya diselamatkan dan dua daripada sudah pulang ke Malaysia sementara bakinya masih ada di Bangkok, Thailand," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-1-2023 08:19 AM
tula gatal bijik sgt nk kerja oversea kunun puih

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.097216 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top