CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Terkejut 5 Gerai Medan Selera Bukit Baru Terbakar

9-1-2023 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 459| Komen: 0

Pelanggan dan peniaga di sebuah medan selera di Bukit Baru di sini cemas apabila lima buah gerai di kawasan itu terbakar pada malam Ahad.

Komander Operasi, Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohamad Hamdan Sudin berkata, dua jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kecemasan pada jam 11.41 malam.



Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di Bukit Baru pada Malam Ahad.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati lima gerai telah terbakar sebanyak 30 peratus.

"Kita dimaklumkan ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan dan peniaga yang masih berada di medan selera itu dikejutkan dengan api marak.


"Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Gerai di sebuah medan selera di Bukit Baru terbakar pada malam Ahad.

Jelasnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.53 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 1.15 pagi.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.031597 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top