CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teksi Terbang Boleh Dicas Semula Dibina Tahun Depan

9-1-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 439| Komen: 2

Syarikat pengeluar kenderaan global, Stellantis bakal membuat pelaburan sebanyak AS$150 juta (RM660.52 juta) bagi mengeluarkan teksi terbang yang dibina oleh syarikat Archer Aviation, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Pengangkutan digelar Midnight itu akan mula dibina menjelang 2024.

Archer Aviation diasaskan pada 2018 di San Jose, California, yang mempunyai kepakaran dalam segmen pesawat perlepasan dan pendaratan menegak elektrik (eVTOL). 


Midnight akan dibina pada tahun depan. - ARCHER AVIATION

Midnight mempunyai enam pek bateri dan 12 kipas serta boleh terbang sejauh kira-kira 160 kilometer (km) selepas dicas. 

Teksi terbang itu boleh mencapai kelajuan maksimum 241 km sejam dan hanya mengambil masa selama 10 minit untuk dicas semula bagi membolehkannya terbang semula.

Ia juga boleh memuatkan seramai empat penumpang serta membawa muatan sekitar 450 kilogram (kg).

Selain itu, Midnight mampu berlepas dan mendarat secara menegak seperti helikopter dan telah pun berjaya melakukan ujian penerbangan pertamanya pada tahun lepas.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 9-1-2023 07:11 PM
laaa ingat kat mesia

mesia patot dari 2020 dah ada keta terbang , kata atuk 97
Quote cranell 10-1-2023 02:56 AM
aku sampai sekarang duk tunggu mana kereta terbang pak wan. 20 juta dah labur pi mana

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050540 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top