CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Rahsia Takkan Bocor Pada Isteri Pertama' - Tiba-Tiba Ejen Nikah Ligat Promosi Kahwin Di Siam

9-1-2023 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 939| Komen: 8

Kisah pengarah filem sensasi berkahwin lagi di Thailand bukan sahaja hangat di tanah air, malah turut mendapat liputan portal hiburan di negara jiran. 


Tajuk berita merangkumi isu seperti diam-diam nikahi ‘pelakor’ (perampas) dan ibu yang tidak merestui, dilihat cukup menarik perhatian ramai.



Dalam waktu sama, tidak semena-mena pakej perkahwinan di Thailand ‘ligat’ dipromosikan. 




Hasil tinjauan di platform Facebook misalnya, seorang ejen berkata, pasangan ‘pengantin Siam’ berhak diraikan seperti mempelai di tanah air. Justeru, pelbagai tawaran menarik disediakan bagi memenuhi impian tersebut.


Loading FB Post...

Bukan itu sahaja, ejen perkahwinan tersebut juga memberi jaminan tidak akan membocorkan sebarang maklumat kepada isteri pertama. Malah, jika dipaksa dengan kekerasan sekalipun, pihak mereka tidak akan membelakangi klien.



Isu pakej perkahwinan yang hangat bagai cendawan tumbuh selepas hujan tersebut juga bahkan dapat liputan berita. 

Salah seorang ejen dengan yakinnya mendakwa, sebarang urusan nikah di Thailand memang sah dan tidak bersangkut paut langsung dengan urusan isteri pertama.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 10-1-2023 10:42 AM
tanya sol lah dia kawen koboi kt mana tu?
Quote sufi^_^ 10-1-2023 10:47 AM
pinkpunk replied at 10-1-2023 02:42 AM
tanya sol lah dia kawen koboi kt mana tu?

hahahha, dah lama tak dengar "kawen koboi"
Quote sufi^_^ 10-1-2023 10:48 AM
Tenang ke hidup kalau poligami tapi sorok2 ni eh?

Asek nak ligat otak menipu je hari2.

The problem with lying is you have to keep lying and remember the lies.
Quote sufi^_^ 10-1-2023 10:52 AM
Kepada isteri2 yang suaminya dah kemaruk nak kawen lagi satu, let him. kau halang2 sangat pun panjang je akal dia nak nikah lagi.

Then it's your option: to stay and weather the storm, or walk away. Apa2pun pilihlah bahagia.

Ramai dah bersuara kata suami bukan milik isteri, likewise isteri pun bukan milik suami.

Kita semua milik Allah.

kan?
Quote kepompong 10-1-2023 11:28 AM
i ada tahu kawan2 (lama) mmg takkan kawen lagi 1, taknak kecewakan isteri katanya, & mmg nampak sejenis jaga pride… tapi ada skandal yg mmg contrast dgn peribadi isteri, he seemed to enjoyed every moment of it, not necessarily only on bed…

cam biasa la.. kerja yg dipersalahkan. kena outstation la , kena stay back la etc. Sorang pergi, sorang mari. gitu la… but never marry the scandalicous
Quote slyfynx 10-1-2023 11:32 AM
I have a friend yang mmg jd second wife, kawin kat Thai.
And not even the parents tau.

So lagu Secret Love Song mmg sesuai untuk die.
Quote nurkasih74 10-1-2023 01:12 PM
Dulu ada sorg ‘stazah’ n laki dia ni keje part-time jd saksi org nikah kat siam.. terkesima aku bila tau..ada gak ek mcm tu..
Quote pinkpunk 10-1-2023 01:39 PM
sufi^_^ replied at 10-1-2023 10:48 AM
Tenang ke hidup kalau poligami tapi sorok2 ni eh?

Asek nak ligat otak menipu je hari2.

tau xpe. brapa lamalah boleh tipu pun

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.173349 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top