CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daging, Sos Sikit Tapi RM6 Sebiji! Peminat Bola Sepak Minta Menteri Campur Tangan Harga Burger Stadium

9-1-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2086| Komen: 44

Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, apabila meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menurunkan harga tiket perlawanan Piala AFF sepatutnya dipuji.

Harga tiket kejohanan tersebut diturunkan dalam tempoh 24 jam selepas menteri berkenaan menegur FAM mengenai perkara tersebut.

Ini semua demi rakyat terutama penyokong yang mahu memberikan sokongan padu kepada pasukan negara tanpa rasa terbeban dengan harga tiket dan perbelanjaan lain seperti minyak kereta atau pengangkutan awam.


Foto: Kosmo

Namun terkini, harga burger yang dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan antara Malaysia dan Thailand dikatakan telah mencecah RM6 sebiji.

Rata-rata perkongsian di media sosial turut mencemuh kualiti makanan tersebut apabila hanya daging dan sos cili sedikit sahaja disediakan.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang hanya memperolehi separuh daging dan separuh sosej dengan harga tersebut.

Orang ramai minta untuk menteri memantau dan campur tangan berkenaan kebenaran serta syarat bagi penjual yang monopoli penjualan burger di stadium.

“Kali ini aku rasa paling mahal, RM6 sebiji dengan daging serta sos sedikit. Sebelum ini harga dalam RM3 hingga RM4.

“Kali ini melampau sangat nak kaut untung,” jelas Luqman Hakim.

“Isu ni sebenarnya dah lama, kalau dulu kita kesianlah dekat penjual sebab dia berjalan menjaja burger.

“Tapi kali ini saya lihat makin teruk, harga naik sekali ganda memang banyak untung la penjual,” jelas Jo Rahman. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 9-1-2023 05:20 PM
ini pun menteri? haahahhahahhahaha.. agak2 la netizen ni..
Quote renko 9-1-2023 05:23 PM
kata ultras
harga mahal pun macam pondan suh menteri campur
Quote cmf_jeangrey 9-1-2023 05:25 PM
Small minded sis...benda2 petty mcm ni pun mintak menteri campur tangan..apa susah kau boiket ajelah...pandailah dia turunkan harga time game nak habis...takpun kau pack burger sendiri apa susah



Quote dua_chzy 9-1-2023 05:26 PM
Dah terbiasa semua bertongkat sampai burger pun kau nak subsidi? Eh.
Quote Herlina 9-1-2023 05:33 PM
Ada terbaca komen...Limited Edition - hanya di Stadium sahaja.
So pilihan di tangan sendiri nak beli ke tak.

Apapun untung la penjaja kat kawasan big screen hari tu. Masyuk.
Hikmah sebalik 21,000 tiket tak boleh dijual. Hehehe
Quote Highflyer19 9-1-2023 05:38 PM
Tugas berat menanti hannah…kena mintak rapiji tolong buatkn formula…
Quote snowflakes 9-1-2023 06:10 PM
Sbb tu tak maju... semua nak kena suap...
Quote namieamuro 9-1-2023 06:11 PM
dh tau mahal. toksah la beli. lenkali isi tembolok kenyang2 sblm masuk
Quote mojarean_X 9-1-2023 06:13 PM
Kesiannya Hannah Yeoh. Betul2 kena abused dia jd menteri
Quote lasagnaklcc 9-1-2023 06:17 PM
Mslh burger pon suruh menteri selesaikan. Sorry i tak penah pegi stadium. Yg jual burger ni ada bayar sewa ke?
Quote Thunderclouds 9-1-2023 06:20 PM
Sembang mcm org letak pistol kt kepala soh beli burger.
Quote fefeeling 9-1-2023 06:23 PM
Dah tau miskin pegi stadium buat apa
Quote stingergrumpy 9-1-2023 06:42 PM
dua_chzy replied at 9-1-2023 05:26 PM
Dah terbiasa semua bertongkat sampai burger pun kau nak subsidi? Eh.

Bukan hsrapkheun  sabsidi ler bengap...tapi kalo nak meniaga..meniaga ler betul betul jgn nak rip off your customer....

SIMEN MANTOL,
ultra malaya hardcore...


Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingergrumpy 9-1-2023 06:46 PM
fefeeling replied at 9-1-2023 06:23 PM
Dah tau miskin pegi stadium buat apa

Siapa kata semekin ?

Kami anak beranak ,5 of us, paid RM150 for the tikets takda pandang belakang hokay....so kalau setakat burger ramly RM10pun kami takda heran ler...tapi biorler yg bermaruah burgernya?

KINTAN HJ BEDOK,
T20 hardcore fan harimau malaya since 1896.....
Quote jiwasemangat 9-1-2023 06:48 PM
T20 mengheenaa B40
..dia sedar menda tu mahal, selepas membeli, bukan sebelum beli
Quote Abahmung 9-1-2023 06:57 PM
Boikot je la kalo mahal.mcm yg rafizi ajar tu..ape susah
Quote Kitty_catz 9-1-2023 07:03 PM
tak buleh bawak  masuk makanan ke acaner? kut bekal beger dari rumah, bungkus kan serupa beger beli stadium,. bukan deme tau pun

kecohhh
Quote Firenzza 9-1-2023 07:04 PM
Dh tau mahal toksah la beli...order je mcD habis citer, xpun bwk bekal siap2 dari umah
Quote rarageng 9-1-2023 07:15 PM
lasagnaklcc replied at 9-1-2023 06:17 PM
Mslh burger pon suruh menteri selesaikan. Sorry i tak penah pegi stadium. Yg jual burger ni ada baya ...

! food truck rm2,200...harga tapak pun dh naik..tu yg harga burger pun naik kut

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047655 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top