CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Rimas Asyik Dituduh Bercinta Dengan Hero Gandingan Drama

9-1-2023 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4587| Komen: 19

Sophia AlBarakbah menjelaskan babak romantis yang tular melibatkan dirinya dengan Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah hanya lakonan semata-mata.

Sophia sekali gus mengakui tidak kisah sekiranya ada pihak menimbulkan fitnah kerana dosa perbuatan tersebut ditanggung oleh pihak yang menyebarkan perkara tidak betul tentang mereka.

Foto: IG

“Kalau nampak ‘real on screen’, maksudnya kami berjaya menghidupkan watak itu.

“Sebagai pelakon, memang perlu ada rasa bangga dan berpuas hati dengan persembahan kita.

“Tidak kisahlah orang nak memfitnah kerana dosa mereka yang tanggung. Saya cuma mahu penonton tengok kami menerusi watak Raisya Hannah dan Luth Mikhail dalam cerita ini bukannya sebagai Sophia mahupun Aliff,” ujarnya.




Disebabkan perkara tersebut, Sophia, 30, mengakui dia berasa rimas kerana kerap digosipkan dengan aktor yang digandingkan dengannya dalam mana-mana drama.

Meskipun pelik gosip sama kerap menerjah dirinya, dia berpendapat hal tersebut mungkin tercetus kerana statusnya yang masih bujang.

“Tidak tahulah mengapa orang ramai suka gosipkan saya dengan hero drama, memang rimas.

“Mungkin semua itu tercetus kerana status saya masih bujang. Setiap hero yang digandingkan bersama saya pula semuanya sudah berkahwin."



Ujarnya lagi, dia tidak dapat menahan diri daripada memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan agar kelihatan seperti realiti, bukannya aksi yang dibuat-buat.

“Sebagai seorang pelakon, semua yang dalam skrin perlu nampak seperti realiti terutama drama cinta.

“Apabila tiada jiwa, orang kata tidak pandai berlakon pula. Bila nampak serasi, orang kata seperti betul-betul bercinta pula.

“Jadi, macam mana ini? Bagaimana industri lakonan hendak berkembang,” ujarnya.



Menurutnya, disebabkan lakonan romantis bersama hero berstatus suami orang, dia juga sering menjadi mangsa kecaman orang ramai.

“Apabila digandingkan dengan pelakon sudah berkahwin, saya yang perempuan ini pula kena serang padahal tidak buat apa-apa pun.

“Kita perlu tukar mentaliti, takkan sebab sudah kahwin, heroin kena tempias fitnah and gosip.

“Disebabkan hal begini, heroin yang masih bujang akan jadi takut hendak bergandingan dengan hero berstatus suami orang,” katanya lagi.



Sejak minggu lalu, nama Sophia menjadi bualan ramai dalam media sosial selepas tular video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama Aliff.

Babak romantis dalam video tersebut mencetuskan rasa kurang senang ramai apabila Aliff dilihat menyentuh rambut Sophia.



Perkara itu mewujudkan kebimbangan umum yang risau episod hitam Aliff sebelum ini berulang kembali.

Sebelum ini, Sophia juga pernah didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Shah Jaszle yang juga hero dalam drama lakonannya, Cinta Hilang Kata. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 9-1-2023 03:40 PM
Alasan cliche. Nexttttt
Quote Sazreena 9-1-2023 04:18 PM
At least ghope ko bertiang helok..
Quote orkid_amani 9-1-2023 04:57 PM
Skali pandang ingatkan Hannah Delisha tadi. Mmg cantik
Quote telracs 9-1-2023 07:38 PM
Aneem replied at 9-1-2023 07:40 AM
Alasan cliche. Nexttttt


Kannnnnnn...

Boleh je dia menolak adegan usap mengusap...
Ramai je pelakon mampu hidupkan watak romantis tanpa sentuhan...itu baru namanya pandai berlakon...cara melafazkan dialog, pembawaan watak, memek muka dan cukup beri kesan kepada penonton...
Quote hanihan16 9-1-2023 08:14 PM
i just nak komen baju alia bastamam yg dipakai tu nampak mcm baju tidur yg paras lutut je tu, tapi rege mesti berpunar bijik mata kan
Quote Incanto 9-1-2023 09:56 PM
you go girl...just ignore them

susah bila bini hero insecure
Quote alesandra 9-1-2023 10:02 PM
owh baru aku tau sapa dia ni.mak aku dulu penah ikut drama dia berlakon as bini aaron aziz jadi gay  tu.kalo yg itu mmg lawa laaa....
Quote LadyCarefree 10-1-2023 02:17 AM
muka not bad. kaki xcantik. yg penting perangai lah kan?
Quote rosedemon 10-1-2023 08:32 AM
eleh kang sat g alda jgk nyondok laki org puihh
Quote Niaina22 30-1-2023 05:02 PM
Dah tu ape cer missed call hero aka laki orang tu sampai 7 8 kali..siap mintak maaf kat isteri hero tu mengaku dah tersuka..adoii lah
Quote miss_strangers 30-1-2023 05:04 PM
Semoga Sol terpesona dgn kejelitaan barokbah...
Quote dudaberhias 30-1-2023 05:06 PM
sooo betul ke tidak dia mengira zakarkan laki orang????

entah la si b tu pun nampak betul insecure dengan laki sendiri sebab laki sendiri buat hal...

tak tahu nak side sape... nak side si b... si b tak herlokkkk...

kalau side heshe nih... kurang2 herlok agittewww...

hujung2 gimik je rhopernyaaa...

fyna mat aris tersenyum sinis sambil pegang botol kicap...
Quote babelina 30-1-2023 05:56 PM
yg penting.. rileks jer kna interview jwb soalan2 camtu.. pdahal nama ko tgh membusuk.. i likeeeeeee.. confident...hahaha..
Quote Zeatyisaac 30-1-2023 06:04 PM
Itulah, sapa suruh buat gosip, kan dah jadi doa - Bella.
Quote mrseller 30-1-2023 08:22 PM
Cam cibaiii, nak bagi drama rating tinggi jewww
Quote Aneem 30-1-2023 08:49 PM
Putih cukup, gebu sudah tp takde aura wow utk aku kagum dengan kecantikan minah ni.
Quote umbut 30-1-2023 09:24 PM
Dia ni kacuk apa. Cam muka org2 uzbek je.. Dia ni berlakon iklan nivea ngan alip ajis, sikit2 keluar iklan kat youtube.. Lembutnya tangan kata alip
Quote ohsoyaya 30-1-2023 09:50 PM
umbut replied at 30-1-2023 09:24 PM
Dia ni kacuk apa. Cam muka org2 uzbek je.. Dia ni berlakon iklan nivea ngan alip ajis, sikit2 keluar ...

Iklan ni intan najwa tu pun pnh blakon. Sponsor drama kan
Quote pocongkiutss 30-1-2023 10:11 PM
Pokok takkan bergoyang kalau takdak angin

Cari yg bujang la dik..kalau tak bujang..Sol tu ada ha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045387 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top