CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beruang Masuk Kampung Di Gua Musang, Gali Kubur Dan Makan Mayat

9-1-2023 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 298| Komen: 3

Gua Musang: Kemunculan seekor beruang dewasa di Kampung Dakoh, Pos Balar dekat sini, membimbangkan lebih 100 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar kerana haiwan itu didakwa memusnahkan kubur dan memakan mayat.


Dalam kejadian 27 Disember tahun lalu itu, penduduk mendakwa beruang terbabit menggali kubur, Amek Along, 48, selain memakan sebahagian badannya.

Suami Amek, Mazlan Aluij, 50, berkata, dia menyedari kejadian kubur arwah isterinya digali haiwan liar itu, jam 9.20 pagi, 27 Disember lalu.

Katanya, arwah isterinya meninggal pada 1 Disember tahun lalu akibat sakit strok dan dikebumikan di kawasan Perkuburan Kampung Dakoh.

Foto: Harian Metro

"Jarak rumah dengan tanah perkuburan hanya 300 meter (m) sahaja. Sudah menjadi rutin kami melawat dan membersihkan kubur, tetapi sebelum ini tidak ada apa yang mencurigakan.


"Namun, pada 26 Disember lalu, saya bersama anak lelaki datang untuk membersihkan kubur seperti biasa dan melihat ada kesan tapak kaki serta najis beruang di kawasan kubur arwah isteri.

"Keesokannya saya datang bersama penduduk kampung dan memeriksa kawasan sekitar. Kami dapati mayat arwah isteri sudah dimakan beruang dan haiwan liar itu masih berkeliaran di kawasan perkuburan," katanya ketika ditemui di sini.

Mazlan berkata, takut kejadian sama berulang dan risaukan keselamatan penduduk kampung, dia bertindak membuat laporan di Balai Polis Gua Musang.

"Beruang terbabit juga dilihat berkeliaran di belakang rumah saya dan hampir menyerang anjing peliharaan. Kami juga sudah membuat aduan ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) supaya tindakan segera dapat diambil.

"Menurut adat kami, mayat itu tidak dapat dialihkan dan hanya dibiarkan di situ," katanya.

Terdahulu, media melaporkan lebih 200 penduduk Orang Asli di Kampung Perawas, Pos Balar, berada dalam kebimbangan berikutan kehadiran seekor beruang dewasa dekat kawasan penempatan mereka, sejak minggu lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 10-1-2023 08:15 AM
kot ye pon mknla dgg fresh mkn myat buatpe ko ni dek
Quote Belibis 9-1-2023 04:49 PM
Buatnya makan tak abis..bersepah mayat kat laman umah orang.
Quote Levespa 9-1-2023 03:26 PM
orang asli ni kubur diorang tak dalam ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.026435 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top