Kuala Lumpur: Kenaikan mendadak harga penginapan hotel di Makkah dan Madinah dijangka bakal mengakibatkan harga pakej umrah ditawar agensi pelancongan dinaikkan saat akhir sebelum jemaah berlepas ke tanah suci.
Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Mohd Azri Abd Razak berkata, kenaikan harga itu dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi ke atas hotel-hotel terutama di Madinah. Menurutnya, ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas pandemik Covid-19 beransur pulih. "Bukan harga hotel saja meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak.
"Hal ini dikhuatiri menimbulkan kemarahan jemaah umrah yang mendesak untuk menurunkan kadar pakej umrah bagi mengekalkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Menurutnya, agensi pelancongan menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun menjelaskan bayaran penuh kepada hotel. Katanya, kenaikan harga mendadak pihak hotel membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah. "Dengan keadaan dan kecelaruan sekarang, pihak Matta meminta semua jemaah umrah bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan di Madinah dan Makkah," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Matta mendapat aduan berhubung kesulitan membawa pulang air zam-zam oleh jemaah umrah terutama di lapangan terbang Jeddah. Katanya, susulan itu, pihaknya membawa isu berkenaan kepada Saudi Tourism Authority (STA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut. "Matta harap dapat bertemu bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk berbincang serta menangani isu serius ini agar jemaah tidak menyalahkan agensi pelancongan sepenuhnya dari sudut aspek kenaikan harga hotel, pengangkutan dan tiket penerbangan," katanya. Kenaikan dianggar sehingga RM1,500 Kenaikan harga pakej umrah untuk menunaikan ibadah berkenaan pada Januari dan Februari ini dianggarkan antara RM700 hingga RM1,500 mengikut pakej hotel yang ditawarkan. Pengarah Urusan Kurma Travel dan Tours Sdn Bhd, Dr Fathir Badri Alhadad berkata, harga pakej untuk bulan berkenaan adalah mengikut harga pakej musim puncak iaitu Disember. Menurutnya, penetapan harga pakej itu dibuat berdasarkan harga hotel di Arab Saudi semakin meningkat biarpun sudah melepasi musim puncak, malah ketika ini juga sukar untuk mendapat kuota bilik hotel di negara berkenaan. "Sebenarnya trend sebelum ini, Januari bukan musim puncak dan sepatutnya harga kembali menurun, tidak seperti harga pakej Disember tetapi kali ini kita lihat ia (harga) naik lagi. "Kos kita buat berdasarkan tahun sebelum ini, justeru kita tidak dapat elak apabila harga tidak turun dan akur mengikut harga kenaikan kadar hotel," katanya. Beliau berkata, situasi sama dihadapi jemaah negara lain kerana permintaan umrah ketika ini agak tinggi. "Sebagai contoh, untuk pakej biasa ekonomi bagi Januari dan Februari yang bukan musim puncak biasanya berharga RM6,500 manakala ketika musim puncak RM7,500. "Justeru, dengan harga bilik hotel tidak menurun maka kita terpaksa kekalkan harga macam Disember. Anggaran penambahan harga antara RM700 hingga RM1,500 mengikut pakej hotel ditawarkan," katanya. Situasi diramal stabil mulai dari Julai ini Trend kenaikan harga pakej umrah sedia ada dijangka berlarutan hingga Ramadan dan kembali stabil mulai Julai ini. Pengerusi Eksekutif Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Ayob Mat Aris berkata, isu kenaikan harga dikenakan pemilik hotel di Makkah dan Madinah mula berlaku sejak penghujung November tahun lalu. "Kenaikan harga antara 30 peratus daripada pakej asal dan paling ketara Disember lalu kerana hotel tidak dapat tampung jumlah permintaan tinggi jemaah dari seluruh dunia. "Orang berebut hendak pergi umrah kerana musim sejuk selain had usia 65 tahun tidak dibenar menunaikan umrah," katanya. Katanya, pihak agensi pengendali umrah terpaksa menaikkan harga pakej bagi menampung jumlah kos yang meningkat. "Jemaah mahu duduk hotel sama semasa tempahan dibuat perlu tambah kos atau pindah ke hotel yang lebih jauh," katanya. Dalam pada itu, Pengarah Urusan Suffah Travel & Tours Sdn Bhd, Azizul Asri Ahmad Tajuddin berkata, hampir semua syarikat meminta penambahan kos daripada jemaah jika tidak pakej umrah berkenaan tidak boleh diteruskan. "Trend kenaikan bermula dengan tiket penerbangan naik dari RM3,100 kepada RM3,800 November lalu. "Keduanya hotel terutama dekat Masjidil Haram naikkan harga kepada RM1,000 sebilik untuk empat jemaah berbanding RM600 sebelum itu," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
Thunderclouds replied at 9-1-2023 02:33 PM
Kalo rasa terbeban,toksah la beria² nk tunai omrah. I bet jemaah berrduit xbebunyi pon.
Thunderclouds replied at 9-1-2023 02:33 PM
Kalo rasa terbeban,toksah la beria² nk tunai omrah. I bet jemaah berrduit xbebunyi pon.
krustykrab replied at 9-1-2023 02:54 PM
Ni semua salah travel agency yg nk buat duit lah. Duk bg info salah sampai org tak berduit pun gig ...
johan-adx replied at 9-1-2023 03:21 PM
umrah dan haji tu wajib tau. pegi utk ibadat..bkn mkn angin.
sikit sebyk wpun tak mampu semua org ...
johan-adx replied at 9-1-2023 03:21 PM
umrah dan haji tu wajib tau. pegi utk ibadat..bkn mkn angin.
sikit sebyk wpun tak mampu semua org ...
JamilBinAbu replied at 9-1-2023 03:32 PM
Umrah tak wajib pun.
ADVERTISEMENT