Sikap segelintir masyarakat ingin mendapatkan bantuan dengan mudah menyebabkan ada yang sanggup menyamar dan mengaku sebagai asnaf walaupun memiliki pelbagai harta termasuk kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi.
Selain itu, ada juga pemohon tinggal di kondominium dan memiliki perniagaan, tetapi sanggup menipu kononnya kesempitan hidup semata-mata untuk memastikan permohonan mereka diluluskan. Isu-isu tersebut antara yang berjaya dibongkar Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skuad Jejak Asnaf MAIWP selepas menyantuni pemohon-pemohon yang mendakwa hidup terdesak serta tidak mampu menanggung ahli keluarga. Menurut jurucakap Skuad Jejak Asnaf MAIWP, kes -kes sedemikan memang kerap berlaku terutama ketika negara mula dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.
Katanya, antara permohonan yang diterima adalah daripada seorang individu yang memiliki tiga buah kereta dan sebuah motosikal berkuasa tinggi. “Semasa lawatan ke rumah pemohon, kami mendapati dia mempunyai sebuah kenderaan pacuan empat roda, dua buah kereta jenis sedan dan sebuah motosikal berkuasa tinggi di halaman rumah teres setingkat di pinggir Kuala Lumpur. “Siasatan mendapati, kesemua kenderaan tersebut adalah milik pemohon dan pihak kita (MAIWP) tidak dapat meluluskan permohonannya kerana dia bukan dikategorikan sebagai asnaf. “Malah pemohon juga memiliki sebuah perniagaan berasaskan makanan serta menetap di sebuah rumah teres di Kuala Lumpur,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. Bagi kes kedua pula, jurucakap itu memberitahu, kejadian berlaku sekitar September tahun lalu melibatkan seorang pemohon yang mendakwa kesempitan hidup dan sukar untuk menyara ahli keluarganya di ibu kota. Bagaimanapun katanya, hasil kunjungan Skuad Jejak Asnaf ke alamat yang diberikan mendapati keluarga terbabit tinggal di sebuah kondominium mewah yang sewanya melebihi RM2,000 sebulan. “Pemohon memaklumkan mereka kesempitan hidup dan apabila ditanya mengapa menyewa di kondominium berkenaan, mereka mendakwa anak-anak lebih selesa tinggal di situ selain dekat dengan sekolah. “Kami juga tidak dapat meluluskan bantuan kerana mereka bukan dalam kategori asnaf dan kehidupan keluarga ini senang dan mampu menyewa kediaman mahal,” katanya. Tambah jurucakap itu, selain dua kes penipuan yang agak melampau itu, terdapat banyak lagi kes penipuan lain yang dikesan termasuklah memberikan maklumat pendapatan yang tidak telus serta meragukan. Antaranya, menyembunyikan maklumat yang mereka sebenarnya menerima pendapatan hasil pencen, Perkeso, sewaan rumah, perniagaan, kerja sambilan dan pemberian anak-anak. “Ada juga pemohon yang merupakan warga emas, tetapi mendakwa tinggal seorang diri dan sebatang kara kerana ketiadaan waris ataupun tidak diendahkan ahli keluarga. “Namun, hasil ziarah yang dibuat mendapati ramai anak turut tinggal bersama warga emas itu dan ada antara mereka yang telah mempunyai pekerjaan yang baik selain menerima pendapatan lumayan,” ujarnya. Selain itu, jurucakap Skuad Jejak Asnaf turut mendedahkan wujudnya penipuan yang dibuat oleh pihak asnaf sendiri. Jelas beliau, antara penipuan yang berjaya dibongkar adalah seperti ibu atau bapa tunggal yang sebelum ini menerima bantuan baitulmal telah menamatkan zaman duda atau janda dengan mendirikan rumah tangga. “Apabila disiasat, mereka mengaku masih bujang kerana bimbang bantuan akan dibatalkan sekiranya pihak terlibat melaporkan status perkahwinan,” katanya. Sumber: Kosmo
|
glump replied at 9-1-2023 04:26 PM
Tak kurang juga yg mohon bantuan melanjukan pelajaran dari baitulmal
glump replied at 9-1-2023 04:26 PM
Tak kurang juga yg mohon bantuan melanjukan pelajaran dari baitulmal
ultra78 replied at 9-1-2023 05:35 AM
Ini berita tahun lepas kan? 'asnaf' menyewa di The fennel,sentul. Gila lah. Kalau nak murah sewa aje ...
ADVERTISEMENT